EasyManua.ls Logo

PERODUA Bezza - Rakaman Data Kenderaan

PERODUA Bezza
Print Icon
To Next Page IconTo Next Page
To Next Page IconTo Next Page
To Previous Page IconTo Previous Page
To Previous Page IconTo Previous Page
Loading...
3–42
Komputer beg udara
Komputer beg udara
w AMARAN
1. Dalam apa jua keadaan, komputer
beg udara tidak boleh dibuka atau
ditanggalkan. Kegagalan mematuhi
amaran ini boleh menyebabkan beg
udara SRS mengembung secara
salah atau gagal mengembung
semasa berlaku kecemasan.
2. Langkah berjaga-jaga perlu diambil
bagi mengelakkan air, jus atau
seumpamanya terkena komputer
beg udara.
3. Jangan mengetuk atau menendang
komputer beg udara atau ruang
bersebelahan.
4. Pastikan anda pergi ke Pusat
Servis Perodua yang berdaftar
dalam keadaan-keadaan berikut.
Cubaan untuk melakukan sendiri
pembaikan boleh mengakibatkan
beg udara mengembung dan
menyebabkan kepincangan atau
kemalangan.
Jika mengeluarkan roda stereng.
Jika membaiki bahagian hadapan
kenderaan.
Jika memasang radio kenderaan.
Jika melupuskan beg udara.
Jika kenderaan anda dilupuskan.
5. Beg udara SRS tidak boleh diguna
semula setelah mengembung.
Rakaman data kenderaan
Kenderaan dilengkapi dengan beberapa
sistem komputer untuk mengawal operasi
kenderaan. Sistem merekod data berkaitan
kawalan dan operasi kenderaan.Data direkod
mengikut tahap gred kenderaan dan jenis
kelengkapan yang disediakan. Selain itu,
sistem komputer tidak merekod perbualan,
bunyi atau gambar.
Penggunaan data
Perodua akan menggunakan rekod data
dalam sistem komputer untuk mengesan
kepincangan komponen, melakukan
penyelidikan dan pembangunan dan
meningkatkan kualiti. Perodua tidak akan
mendedahkan maklumat kepada pihak
ketiga kecuali:
Dengan kebenaran pemilik kenderaan
atau dengan kebenaran penyewa jika
kenderaan dipajak.
Dengan permintaan rasmi dari pihak polis
atau perintah dari mahkamah atau agensi
kerajaan.
Untuk kegunaan Perodua dalam
mahkamah.
Untuk tujuan penyelidikan di mana data
tidak terikat kepada kenderaan tertentu
atau kenderaan sendiri.
Sect 03_BM D42L.indd 42 21/11/2019 11:02 AM

Table of Contents

Related product manuals