EasyManua.ls Logo

PERODUA Bezza - Penggantian Mentol Lampu

PERODUA Bezza
Print Icon
To Next Page IconTo Next Page
To Next Page IconTo Next Page
To Previous Page IconTo Previous Page
To Previous Page IconTo Previous Page
Loading...
14–31
Bilah pengelap baru
4. Pasang bilah pengelap baru dengan
menolaknya pada bahagian yang sama
dimana bilah pengelap ditanggalkan.
5. Pastikan cangkuk terkunci dengan kemas.
PERINGATAN
Bagi mengelakkan kerosakan, angkat
lengan pengelap bahagian pemandu
dahulu diikuti bahagian penumpang.
Sebaliknya, ketika menurunkan lengan
pengelap, turunkan lengan pengelap
bahagian penumpang dahulu.
Jangan buka hud semasa lengan
pengelap diangkat. Ianya boleh
merosakkan hud dan lengan pengelap.
Berhati-hati supaya tidak menjatuhkan
lengan pengelap pada cermin hadapan.
Ianya boleh menyebabkan cermin
hadapan retak. Lindungi cermin dengan
tuala yang dilipat sekiranya perlu.
Penggantian mentol lampu
Gunakan mentol seperti yang ditetapkan.
(Lihat Seksyen 17)
w AMARAN
Untuk mengelakkan kecederaan;
Matikan enjin sebelum penggantian.
Jauhkan kanak-kanak daripada
mentol.
Biarkan mentol sejuk sebelum
penggantian.
Mentol lampu besar boleh ditukar melalui
ruang sisi enjin.
PERINGATAN
Jangan jatuhkan mentol atau calarkan
permukaannya.
Selepas penggantian, hidupkan suis lampu
untuk melihat sama ada ia menyala.
Jika mentol itu memerlukan penggantian
yang kerap, minta Pusat Servis Perodua yang
berdaftar memeriksa sistem itu.
Kami mengesyorkan anda menyimpan satu
set mentol gantian. Mentol boleh didapati
daripada Pusat Servis Perodua yang
berdaftar.
Sect 14_BM D42L.indd 31 24/10/2019 4:40 PM

Table of Contents

Related product manuals