EasyManua.ls Logo

PERODUA Bezza - Beg Udara SRS (Supplement Restraint System) Untuk Pemandu Dan Penumpang Hadapan

PERODUA Bezza
Print Icon
To Next Page IconTo Next Page
To Next Page IconTo Next Page
To Previous Page IconTo Previous Page
To Previous Page IconTo Previous Page
Loading...
3–28
Beg udara SRS (Supplement
Restraint System) untuk pemandu
dan penumpang hadapan
Beg-beg udara SRS direka untuk segera
mengembung sekiranya berlaku hentaman
yang kuat di bahagian hadapan kenderaan.
Dengan kombinasi fungsi tali pinggang
keledar yang menahan badan pemandu
dan penumpang, beg-beg udara SRS akan
mengurangkan kesan hentaman kepada
muka, kepala, dada dan sebagainya.
Beg-beg udara SRS adalah alat perlindungan
tambahan dan bukan gantian kepada tali
pinggang keledar.
Beg udara penumpang hadapan berfungsi
walaupun tiada penumpang di tempat duduk
hadapan.
Julat perlanggaran hadapan
Bahagian
hadapan
kenderaan
w AMARAN
Kegagalan mematuhi arahan ini
akan mengakibatkan kecederaan
yang serius atau kematian sekiranya
berlaku perlanggaran hadapan yang
teruk walaupun dilengkapi dengan
beg-beg udara SRS.
1. Pastikan anda melaraskan kusyen
tempat duduk belakang pada
kedudukan yang optimum.
2. Pastikan anda duduk dengan betul
dan selesa supaya jarak di antara
roda stereng dan badan juga jarak
di antara panel peralatan dan
penumpang hadapan tidak terlalu
rapat.
3. Pastikan tali pinggang keledar
dipakai dengan baik.
Sect 03_BM D42L.indd 28 21/11/2019 11:02 AM

Table of Contents

Related product manuals