4–11
PERINGATAN
• Matikan suis nyahkabus apabila cermin
sudah jelas bagi mengelakkan bateri
menjadi lemah.
• Jangan sesekali mengguris wayar
pemanas di cermin belakang.
Suis nyahkabus cermin tingkap
belakang
Nyahkabus cermin belakang hanya berfungsi
apabila suis penghidup berada pada
kedudukan “ON”.
Tekan suis nyahkabus untuk menyahkabus
cermin belakang.
Semasa suis nyahkabus di hidupkan, lampu
penunjuk akan menyala.
Nyahkabus tidak direka bentuk untuk
mengeringkan titisan hujan.
Pusingkan suis pelbagai kawalan ke “ON”.
Kemudian, lampu nyahkabus cermin
belakang akan menyala.
Lampu penunjuk
w AMARAN
Berhenti di susur jalan semasa
kecemasan untuk mengelak sebarang
kemalangan. Jangan menyalakan suis
dalam jangkamasa yang lama setelah
enjin berhenti. Ini akan melemahkan
bateri.
Sect 04_BM D42L.indd 11 21/11/2019 11:04 AM