2–1
Sistem immobilizer enjin Kunci
(dengan sistem immobilizer enjin)
Dua anak kunci disediakan untuk kenderaan
anda.Hanya kedua-dua anak kunci ini sahaja
yang boleh menghidupkan enjin kenderaan
anda.
w AMARAN
Jangan melakukan sebarang
pengubahsuaian ke atas sistem
immobilizer anda.
PERHATIAN
1. Sekiranya anda perlu untuk membuat
kunci yang baru, sebagai contoh,
apabila anda kehilangan satu daripada
dua kunci kenderaan anda, tinggalkan
satu kunci anda kepada Perodua untuk
membuat kunci yang baru. Pastikan
anda meletakkan satu daripada dua
kunci kenderaan anda di tempat yang
selamat.
Kedua-dua kunci ini mempunyai fungsi
di mana kod identifikasi yang terdapat
pada kunci tersebut boleh dimasukkan
ke dalam sistem immobilizer. Kerana
itulah anda perlu membawa bersama
kunci kenderaan untuk menghasilkan
kunci yang baru.
2. Sekiranya anda kehilangan kesemua
kunci kenderaan anda, dapatkan
bantuan daripada Pusat Servis Perodua
anda dengan segera.
Sistem immobilizer enjin adalah sistem
cegah kecurian. Apabila anak kunci di
masukkan ke dalam kunci suis penghidup, cip
transponder yang terletak pada pemegang
kunci akan menghantar isyarat elektrik
kepada kenderaan. Kemudian isyarat elektrik
ini dibandingkan dengan kod ID pra-daftar
kenderaan. Jika isyarat elektrik ini serupa
dengan kod ID, enjin boleh dihidupkan. Jika
tidak, enjin tidak boleh dihidupkan.
Sistem ini tidak perlu diselenggara
(maintenance-free).
Plat nombor kunci
Plat nombor kunci
Jenis 1
Jenis 2
Kunci penghidup beserta transmitter
Kunci pintar
Sekiranya anda membuat kunci baru,
anda disarankan supaya membawa kunci
bersama-sama dengan plat nombor kunci ke
Pusat Servis Perodua yang berdaftar. Kami
menyarankan supaya anda menyimpan plat
nombor kunci kenderaan anda di tempat
yang selamat.
PERHATIAN
Anda boleh mendaftar dan membuat kunci
anda sehingga 4 keping sahaja.
Sect 02_BM D42L.indd 1 31/10/2019 5:41 PM