11–18
w AMARAN
Jangan menunda melebihi kelajuan
maksimum penundaan yang telah
ditentukan mengikut undang-undang
jalanraya.
PERINGATAN
• Adalah menjadi suatu kesalahan
menunda kenderaan lain yang lebih
berat dari kenderaan sendiri. Jika
dilakukan, ia boleh menjejaskan sistem
pemanduan, cangkuk menunda atau
badan kenderaan.
• Jangan gunakan cangkuk ini
sebagai cangkuk pengangkutan.
Kegagalan mematuhi amaran ini boleh
menyebabkan kerosakan kepada badan
kenderaan.
Cangkuk menunda ini direka untuk
menunda kenderaan lain sahaja.
• Sentiasa tarik cangkuk tegak ke
depan untuk melindunginya daripada
kerosakan. Jangan menariknya dari
tepi atau dari arah menegak dan juga
jangan menariknya secara mendadak.
Bunyi amaran
Bunyi penggera amaran menunjukkan
keadaan luar biasa atau keadaan semasa
dalam pelbagai sistem.
Apabila anda mendengar bunyi penggera
berikut, pastikan anda mengambil langkah-
langkah sewajarnya dengan merujuk kepada
seksyen yang berkaitan yang diterangkan
di bawah.
Bunyi buzer berterusan.
(Lihat Seksyen 3, Buzer amaran tali pinggang
keledar).
(Lihat Seksyen 2, Buzer amaran).
(Lihat Seksyen 4, Buzer amaran kunci).
(Lihat Seksyen 5, Buzer amaran brek).
(Lihat Seksyen 5, Buzer amaran stereng
kuasa).
(Lihat Seksyen 10, Buzer amaran brek meletak
kenderaan).
Bunyi mendecit semasa membrek.
(Lihat Seksyen 10, Penunjuk had kehausan
pad brek).
Sect 11_BM D42L.indd 18 24/10/2019 4:38 PM