5–2
Lampu amaran menandakan terdapat
sesuatu keadaan yang luar biasa dalam
sistem yang berkaitan.
w AMARAN
• Sekiranya anda perlu mematikan
enjin atau kenderaan dalam kes
kecemasan, letakkan kenderaan
anda di tempat yang selamat di
susur jalan. Matikan enjin dan
pasangkan lampu isyarat amaran
bahaya.
• Biarkan enjin sejuk sebelum
memeriksa sebarang komponen
di ruang enjin untuk mengelakkan
kecederaan melalui kebakaran.
• Jauhi tangan, pakaian dan lain-lain
objek daripada sebarang bahagian
yang bergerak di ruang enjin untuk
mengelakkan kecederaan anggota
badan yang serius.
Untuk memeriksa kesemua lampu amaran
1. Gunakan brek meletak kenderaan.
2. Pusing/tekan suis penghidup kepada
kedudukan “ON”, tetapi jangan hidupkan
enjin. Kesemua lampu amaran harus
menyala.
Lampu amaran ABS (Sistem Brek Anti-
Kunci) akan menyala beberapa saat
kemudian.
Lampu amaran beg udara akan menyala
5 saat kemudian.
3. Selepas enjin dihidupkan dan tuil brek
meletak kenderaan diturunkan, lampu
amaran akan padam.
Sekiranya terdapat lampu amaran yang
tidak menyala, dapatkan Pusat Servis
Perodua anda untuk memeriksanya
dengan segera.
Lampu amaran
Lampu amaran brek meletak kenderaan akan
menyala sekiranya brek meletak kenderaan
digunakan. Jika kelajuan kenderaan melebihi
5km/j, buzer amaran akan berbunyi.
Lampu amaran brek meletak kenderaan
P
Sect 05_BM D42L.indd 2 21/11/2019 11:13 AM