10–9
• Jangan memecut enjin apabila
menganjak. Ini boleh menyebabkan
pemanasan lampau enjin.
• Jangan memandu melalui air sekiranya
kedalaman air adalah lebih tinggi
dari bahagian bawah rim roda. Pandu
perlahan-lahan apabilamemandu
melalui air.
Petua pemanduan biasa
w AMARAN
Pandulah perlahan-lahan apabila
memandu di kawasan angin lintang
atau di jalan yang tidak elok.
PERINGATAN
• Jangan merehatkan kaki anda di atas
injak cekam apabila memandu atau
jangan menahan kenderaan anda
dengan menggunakan cekam apabila
berhenti di cerun menaik. Ini boleh
menyebabkan pemanasan lampau
cekam.
• Jangan memandu apabila tuil anjak
dalam keadaan neutral. Ini boleh
menyebabkan transmisi menjadi terlalu
panas.
• Jangan letakkan tangan anda di atas
tombol tuil anjak semasa memandu.
Transmisi mungkin teranjak secara
tidak sengaja ke julat yang lain. Ini juga
boleh merosakkan transmisi.
Petua pemanduan jimat
• Pecut kenderaan anda secara
sederhana. Elakkan daripada memecut
atau membrek secara tiba-tiba. Cuba
pandu pada kelajuan yang sama sejauh
yang boleh.
• Elakkan daripada memandu pada tahap
kelajuan yang tinggi.
• Anda dinasihatkan memandu
menggunakan gear yang paling
tinggi apabila memandu laju. Ini boleh
mengurangkan bunyi bising enjin dan
penggunaan bahan api.
• Ambil masa secukupnya untuk membantu
kenderaan bergerak dengan sempurna.
Kenderaan memerlukan bahan api yang
lebih untuk menggerakkannya semula
selepas berhenti.
• Pandu dengan berhati-hati dan
selenggarakan kende ra an anda dengan
baik (rujuk Seksyen 13). Ini akan
mengekalkan prestasi asal kenderaan
anda dan menjimat kan penggunaan
bahan api.
• Jangan membawa muatan lebih.
• Jangan membiarkan enjin melahu
sekiranya tidak perlu.
• Matikan penyaman udara sekiranya tidak
diperlukan.
Sect 10_BM D42L.indd 9 21/11/2019 11:19 AM