14–8
Penggantian turas minyak
PERINGATAN
Gunakan hanya turas minyak Perodua yang
tulen untuk Perodua anda.
Sekiranya perlu untuk diganti, pastikan
anda menggantikannya di Pusat Servis
Perodua yang berdaftar.
Cecair pendingin enjin
w AMARAN
Berhati-hati agar anda tidak melecur
apabila membuka tutup radiator atau
palam pengalir.
PERINGATAN
• Ikuti arahan daripada pengeluar bahan
pendingin.
• Untuk mengelakkan kakisan aluminium,
pastikan anda menggunakan bahan
pendingin jenis pelindung kakisan yang
berkualiti tinggi (berasaskan ethylene
glycol).
• Bagi kepekatan bahan pendingin,
kekalkan pada 30% isipadu.
• Untuk mencairkan bahan pendingin,
pastikan anda menggunakan air biasa
(air suling).
Jika bahan pendingin berkurangan dengan
ketara, dapatkan pemeriksaan di Pusat Servis
Perodua yang berdaftar.
Pemeriksaan aras bahan pendingin
enjin
Periksa aras bahan pendingin pada tangki
simpanan apabila enjin sejuk.
Periksa sama ada arasnya berada antara
garisan “F (penuh)” dan “L (rendah)”.
Jika aras bahan pendingin rendah disebabkan
oleh penyejatan semulajadi, tambahkan air
biasa sahaja. Jika jumlah isi kandungan
bahan pendingin berkurangan tambahkan
bahan pendingin tahan lama.
Jika aras bahan pendingin di tangki simpanan
berkurang, tambahkan bahan pendingin di
radiator dan tangki simpanan.
Lapkan bahan pendingin yang berlebihan
dan pasangkan semula tukup radiator dan
tangki simpanan dengan sempurna.
Sect 14_BM D42L.indd 8 24/10/2019 4:39 PM