EasyManua.ls Logo

PERODUA Bezza - Page 254

PERODUA Bezza
Print Icon
To Next Page IconTo Next Page
To Next Page IconTo Next Page
To Previous Page IconTo Previous Page
To Previous Page IconTo Previous Page
Loading...
14–7
12. Hidupkan enjin dan periksa jika terdapat
kebocoran minyak enjin pada penuras
minyak atau palam pengalir. Sebarang
kebocoran menunjukkan pemasangan
penuras minyak atau palam pengalir yang
tidak betul.
13. Matikan enjin dan tunggu beberapa minit
periksa semula aras minyak enjin, tambah
minyak jika perlu.
w AMARAN
Bersihkan sebarang minyak yang
tumpah. Ini mungkin menyebabkan
kebakaran jika tertumpah di atas
komponen yang panas.
Semasa memeriksa atau menukar
minyak, berhati-hati supaya
minyak tidak tertumpah pada
pengatur ulang alik (alternator)
dan sebagainya. Jika minyak
tertumpah pada pengatur ulang alik
(alternator), lap ia dengan segera.
Sebarang tumpahan minyak
adalah berbahaya kerana ia boleh
menyebabkan kebakaran.
Basuhkan tangan anda dengan
bersih.
Sentuhan dengan minyak enjin
terpakai secara berlarutan boleh
menyebabkan kanser kulit.
Enjin 1NR-VE
Jangan buang minyak enjin
terpakai ke atas tanah, longkang
dan sebagainya. Pastikan minyak
enjin terpakai dibuang di tempat
yang mempunyai kemudahan yang
mencukupi. Adalah disyorkan agar
penukaran minyak enjin dilakukan
oleh Pusat Servis Perodua yang
berdaftar.
Pasangkan tukup pengisi minyak
dengan baik. Sekiranya tidak,
penggunaan bahan api akan
bertambah dan minyak enjin akan
tumpah ke atas komponen dan ini
boleh menyebabkan kebakaran.
Sect 14_BM D42L.indd 7 24/10/2019 4:39 PM

Table of Contents

Related product manuals