2–2
PERINGATAN
Kepala anak kunci kenderaan anda
dilengkapi dengan cip transponder
yang penting bagi sistem penghalang
pergerakan enjin ini. Oleh itu, pastikan anda
mematuhi arahan-arahan berikut semasa
mengendali anak kunci ini:
1. Jangan menutup pemegang anak kunci
dengan sebarang objek (seperti sarung
tangan aluminium) yang menghalang
gelombang elektromagnetik.
2. Berhati-hati supaya tidak meletakkan
sebarang beban ke atas kunci anda.
3. Jangan dedahkan kunci anda pada
suhu yang tinggi untuk jangka masa
terlalu lama. Sebagai contoh, jangan
tinggalkan kunci di atas panel peralatan
yang terdedah pada pancaran cahaya
matahari.
4. Jangan rendam anak kunci di dalam
air dan membasuhnya menggunakan
mesin basuh gelombang supersonik.
5. Jangan gunakan kunci bersama-sama
dengan objek elektromagnet (contoh;
gelang magnetik).
6. Jangan biarkan penyangkuk kunci
berada di atas genggam kunci semasa
suis penghidup beroperasi.
7. Jangan mengoperasikan suis
penghidup dalam keadaan di mana
terdapat kunci lain bersama-sama kunci
kenderaan anda.
8. Jangan bengkokkan /lenturkan
genggam kunci.
Pembuka pintar
(Sekiranya dilengkapi)
Sistem bebas kunci membolehkan anda
untuk mengunci dan membuka kunci pintu
dengan menekan suis di pintu apabila
anda membawa kunci pintar bersama
anda. Anda juga boleh membuka but dan
boleh menghidupkan enjin tanpa perlu
memasukkan kunci.Tanpa mengambil kunci
daripada poket atau beg anda, sensor
disekeliling kenderaan mengesan kehadiran
kunci pintar dan mengaktifkan mekanisme
kunci.
Apabila berada di dalam kenderaan, enjin
boleh dihidupkan dengan menekan butang
penghidup. (Lihat “Menghidupkan enjin” di
Seksyen 10)
Suis di pintu
Kunci pintar
Sect 02_BM D42L.indd 2 31/10/2019 5:41 PM