2–3
Fungsi butang pada kunci pintar sama
dengan pembukaan pintu tanpa kunci.
(Lihat “Pembukaan pintu tanpa kunci/
transmitter”).
Untuk mengunci pintu
Selepas memastikan semua pintu ditutup,
tekan suis di pintu pada pemegang luar
bahagian pemandu. Anda boleh pastikan
semua pintu telah dikunci apabila lampu
isyarat kecemasan berkelip sekali, hon
berbunyi sekali dan lampu dalam terpadam.
Untuk membuka kunci pintu
(i) Untuk membuka pintu pemandu (tekan
kali pertama):
Tekan suis di pintu pada pemegang luar
bahagian pemandu. Anda boleh pastikan
bahawa pintu telah dibuka kunci apabila
lampu isyarat kecemasan berkelip dua
kali, hon berbunyi dua kali dan lampu
dalam terus menyala selama 15 saat.
Mengunci dan membuka kunci pintu
pintar
Bahagian hadapan
kenderaan
Suis di pintu
(ii) Untuk membuka semua pintu (tekan kali
kedua):
Selepas menekan sekali suis di pintu
pada pemegang luar bahagian pemandu,
tekan suis di pintu sekali lagi dalam
tempoh 5 saat.
Anda boleh pastikan bahawa pintu telah
dibuka kunci apabila lampu isyarat
kecemasan berkelip dua kali, hon
berbunyi dua kali dan lampu dalam terus
menyala selama 15 saat.
Sect 02_BM D42L.indd 3 31/10/2019 5:41 PM