2–4
Untuk membuka but
Tekan suis di but untuk membukanya.
Jarak operasi
Pelbagai operasi mungkin berbeza mengikut
keadaan sekeliling.
(i) Jarak operasi tanpa kunci:
Dalam lingkungan 3 meter daripada
bahagian tengah kenderaan.
(ii) Jarak operasi suis di but:
Apabila kunci pintar ini terletak lebih
kurang 80 cm dari pemegang luar pintu.
PERHATIAN
• Suis di but mungkin tidak beroperasi
secara normal bergantung kepada
dimana kunci pintar dibawa.
• Semasa mencuci menggunakan air
bertekanan tinggi, jangan halakan
muncung paip pada suis di but. Air
bertekanan tinggi boleh merosakkan
suis di but.
• Jangan bersihkan suis di but dengan
alat yang tajam apabila menggunakan
wax disekitar suis.
• Terdapat beberapa keadaan, sistem
bebas kunci mungkin tidak beroperasi
dengan baik walaupun dalam jarak
operasi:
• Kunci pintar dibawa terlalu dekat
dengan cermin pintu atau pemegang
luar ketika membuka atau menutup
pintu.
• Kunci pintar dibawa terlalu dekat
dengan suis di but apabila membuka
but.
• Kunci pintar dibawa terlalu dekat
dengan tanah atau tempat yang
tinggi.
Suis di but
• Terdapat kemudahan yang menjana
gelombang radio yang kuat seperti
loji kuasa, stesen penyiaran, stesen
gas, menara TV dan lapangan
terbang.
• Kunci pintar dibawa bersama-sama
dengan peralatan komunikasi radio,
termasuk telefon bimbit, komputer
riba, sistem audio mudah alih atau
kekunci elektronik kenderaan lain.
• Kunci pintar disaluti atau
bersentuhan dengan objek logam.
• Bateri kunci pintar lemah.
Sect 02_BM D42L.indd 4 31/10/2019 5:41 PM