2–10
Kunci
Buka
Tuil perlindungan kanak-kanak
Tuil perlindungan kanak-kanak disediakan
bagi menghalang kanak-kanak membuka
pintu belakang dari dalam dengan tidak
sengaja, apabila pintu itu tidak dikunci.
Tolak tuil perlindungan kanak-kanak kepada
“LOCK” dan tutup pintu. Pintu kini hanya boleh
dibuka dari luar.
Kami sarankan agar anda menggunakan
tuil perlindungan kanak-kanak ini setiap
masa apabila kanak-kanak berada di dalam
kenderaan.
• Pastikan suis penghidup berada
pada kedudukan “OFF” atau
“LOCK” dan tanggalkan kunci
apabila anda meninggalkan
kenderaan.
• Jangan tinggalkan kanak-kanak
tanpa pengawasan di dalam
kenderaan, terutamanya semasa
kunci masih berada pada suis
penghidup. Kanak-kanak boleh
mengoperasi suis tingkap kuasa,
menyebabkan anggota badan
tersepit dan kecederaan yang
serius.
Tingkap kuasa
w AMARAN
Pemandu bertanggungjawab untuk
semua operasi tingkap kuasa,
termasuk operasi untuk penumpang
dengan mematuhi arahan berikut
untuk mengelakkan sebarang
kecederaan yang serius.
• Sebelum menutup tingkap kuasa,
sentiasa pastikan bahagian kepala,
tangan dan lain-lain bahagian
anggota badan penumpang berada
di dalam kenderaan.
Sekiranya leher, bahagian kepala
atau tangan penumpang tersepit
apabila tingkap ditutup, ia boleh
mengakibatkan kecederaan yang
serius.
Pastikan tingkap kuasa dioperasi
dengan berhati-hati sekiranya
kedudukan penumpang terletak
berhampiran dengan tingkap.
• Semasa kanak-kanak berada di
dalam kenderaan, jangan benarkan
mereka mengoperasi suis tingkap
kuasa.
Pastikan anda menggunakan suis
kunci tingkap untuk mengelakkan
kanak-kanak daripada menekan
suis tanpa disedari.
Sect 02_BM D42L.indd 10 31/10/2019 5:41 PM