EasyManua.ls Logo

PERODUA Bezza - Pemeriksaan Gerak Simpanan Brek Meletak Kenderaan; Pemeriksaan Pengendalian Penggalak Brek

PERODUA Bezza
Print Icon
To Next Page IconTo Next Page
To Next Page IconTo Next Page
To Previous Page IconTo Previous Page
To Previous Page IconTo Previous Page
Loading...
14–29
5 - 7 takukan
1. Letakkan kenderaan di permukaan yang
rata.
2. Anjak tuil transmisi manual kepada neutral
atau tuil transmisi automatik kepada P.
3. Tekan injak brek dengan sebaiknya.
4. Lepaskan brek meletak kenderaan
sepenuhnya.
5. Tarik tuil brek meletak kenderaan ke atas
perlahan-lahan dan kira takukan sehingga
tenaga tarikan tuil brek meletak kenderaan
sampai ke 196 N (44 paun, 20 kgf).
6. Periksa sama ada bilangan takukan
berada di dalam spesifikasi (5 - 7 takukan).
Pemeriksaan gerak simpanan
brek meletak kenderaan
w AMARAN
Sekiranya bilangan takukan tidak
berada di dalam spesifikasi, dapatkan
Pusat Servis Perodua yang berdaftar
untuk memeriksanya dengan segera.
1. Letakkan kenderaan di permukaan yang
rata.
2. Anjak tuil transmisi manual kepada neutral
atau pada tuil P bagi transmisi automatik.
3. Berhentikan enjin dan tekan injak brek
beberapa kali sehingga injak ke paras
maksima.
4. Hidupkan enjin dengan menekan injak
brek. Injak brek harus turun ke bawah
sedikit.
5. Berhentikan enjin dengan injak brek
ditekan. Tahan injak selama 30 saat. Gerak
injak tidak harus ditukar.
6. Hidupkan enjin dan berhentikannya
selepas lebih kurang satu minit. Tekan
injak brek beberapa kali. Gerak injak harus
berkurangan dengan setiap penggunaan.
w AMARAN
Sekiranya anda dapati sebarang
kerosakan, segera dapatkan Pusat
Servis Perodua yang berdaftar untuk
memeriksanya dengan segera.
Pemeriksaan pengendalian
penggalak brek
Sect 14_BM D42L.indd 29 24/10/2019 4:40 PM

Table of Contents

Related product manuals