EasyManua.ls Logo

PERODUA Bezza - Kawalan Keseimbangan Kenderaan (VSC) • Kawalan Cengkaman (TRC)

PERODUA Bezza
Print Icon
To Next Page IconTo Next Page
To Next Page IconTo Next Page
To Previous Page IconTo Previous Page
To Previous Page IconTo Previous Page
Loading...
10–20
Operasi bahagian enjin ketika enjin hidup
semula
Apabila bunyi audio kuat atau penggunaan
kuasa semasa Eco Idle terlalu besar,
bekalan kuasa kepada sistem berikut
mungkin dimatikan sementara semasa
enjin hidup semula.
i. Sistem audio
ii. GPS atau sistem navigasi
Apabila enjin hidup semula selepas
Eco Idle, voltan bekalan kuasa pada
soket aksesori dimatikan, menyebabkan
perkakas elektrik yang disambungkan
dimatikan untuk sementara waktu,
bergantung kepada jenisnya.
Bagi kenderaan yang dilengkapi sistem Eco
Idle, perlu menggunakan bateri berprestasi
tinggi. Untuk penggantian bateri, sila gantikan
dengan bateri Perodua tulen khusus untuk
model ini.
PERINGATAN
Sekiranya bateri selain dari bateri yang
ditetapkan, bateri akan cepat lemah dan
sistem Eco Idle tidak boleh beroperasi
secara normal.
Jangan mengambil bekalan kuasa
untuk pemasangan komponen elektrik
terus dari terminal bateri. Sistem Eco
Idle akan berhenti beroperasi secara
normal.
PERHATIAN
Pengecasan berkala bateri
membolehkan jangka hayat yang
lebih lama. Untuk penerangan lebih
terperinci, dapatkan nasihat dari Pusat
Servis Perodua yang berdaftar.
Bateri untuk sistem Eco Idle
VSC
VSC adalah satu sistem yang secara automatik
mengekalkan kestabilan kenderaan dengan
mengawal brek untuk menyekat kenderaan
dari tersasar atau tergelincir semasa
pergerakan stereng secara tiba-tiba atau di
jalan yang licin.
Jika anda tekan “VSC OFF” melebihi 3
saat, VSC (termasuk TRC) tidak akan
beroperasi dan lampu penunjuk VSC OFF
dan TRC OFF akan menyala.
Keadaan tayar mempunyai pengaruh
yang besar pada sistem. Pastikan semua
tayar berada dalam keadaan baik.
w AMARAN
Jangan berharap sepenuhnya
pada VSC. Walaupun apabila VSC
sedang beroperasi, terdapat had
kepada jumlah daya cengkaman
dan kawalan kestabilan kenderaan.
Memandu secara berbahaya boleh
menyebabkan kemalangan yang
tidak dijangka.
Sentiasa berhati-hati ketika
memandu dan jika lampu penunjuk
gelincir berkelip, pandu kenderaan
dengan lebih teliti.
Kawalan keseimbangan kenderaan
(VSC) • Kawalan cengkaman (TRC)
(Sekiranya dilengkapi)
Sect 10_BM D42L.indd 20 21/11/2019 11:19 AM

Table of Contents

Related product manuals