10–19
PERHATIAN
Menghidupkan enjin
Di bawah syarat-syarat berikut, enjin
dihidupkan semula semasa Eco Idle dan
fenomena rayapan* berlaku. Teruskan
menekan pedal brek sepenuhnya.
• Diantara keadaan yang menyebabkan
Eco Idle tidak beroperasi (lampu
penunjuk Eco Idle berkelip warna hijau
kemudian terpadam) :
i. Tekanan negatif penggalak brek
menurun.
ii. Kenderaan yang berhenti mula
bergerak pada cerun.
iii. Kapasiti pelepasan bateri adalah
terlalu besar.
iv. Kelainan berlaku pada sistem,
beserta kelipan lampu amaran (ABS,
VSC, EPS, EFI, EAT, dan lain-lain).
v. Semasa penyejukan, suhu aliran
udara di saluran udara penghawa
dingin telah meningkat.
vi. Kira-kira 3 minit berlalu sejak Eco
Idle.
vii. Kelainan berlaku dalam sistem Eco
Idle atau bahagian enjin(penghidup)
atau bateri perlu ditukar.
(lampu penunjuk Eco Idle OFF akan
berkelip warna oren)
* Fenomena di mana kenderaan itu mula
bergerak perlahan-lahan tanpa menekan
injak pemecut, apabila kuasa disampaikan
kerana tuil anjakan tidak dalam julat P atau
N semasa enjin sedang beroperasi.
Kes dimana tempoh Eco Idle menjadi
pendek
• Suhu di luar adalah tinggi dan Eco
Idle telah kerap diaktifkan manakala
penghawa dingin digunakan.
• Penggunaan kuasa pemasangan
komponen elektrik, dan lain-lain adalah
terlalu besar.
Kes dimana enjin tidak boleh hidup
• Hud telah dibuka semasa Eco Idle.
Untuk memastikan keselamatan, enjin
tidak dapat dimulakan semula walaupun
anda telah melepaskan kaki anda
daripada injak brek.
Buzer amaran akan berbunyi dan
penunjuk Eco Idle akan berkelip.
Sect 10_BM D42L.indd 19 21/11/2019 11:19 AM