10–18
PERHATIAN
Dalam hal yang berikut, ia mungkin
mengambil masa sebelum kenderaan
mencapai keadaan siap sedia:
• Bateri telah dicabut disebabkan
kenderaan tidak digunakan dalam
jangkamasa panjang.
• Terminal negatif bateri telah dicabut
untuk penggantian bateri.
• Pada peringkat awal penyejukan.
Syarat-syarat untuk Eco Idle
Apabila keadaan siap sedia dan syarat-syarat
yang berikut dipenuhi, Eco Idle diaktifkan
dengan penunjuk Eco Idle bewarna hijau.
• Kenderaan dihentikan.
• Injak brek ditekan.
• Injak pemecut dilepaskan.
• Stereng tidak beroperasi.
• ABS dan VSC tidak diaktifkan.
PERHATIAN
Dalam hal yang berikut, Eco Idle tidak
boleh diaktifkan:
• Tekanan negatif penggalak brek telah
menurun.
• Daya digunakan pada injak brek terlalu
lemah.
• Kenderaan berhenti di lereng yang
curam.
Syarat-syarat untuk enjin hidup semula
Enjin akan hidup semula apabila diantara
operasi yang berikut dilakukan semasa
Eco Idle.
• Lepaskan kaki dari injak brek.
• Segera gunakan daya tambahan pada
injak brek.
• Tekan injak pemecut.
• Operasikan stereng.
• Gerakkan tuil anjak ke julat P atau R.
• Gerakkan tuil anjak ke julat N, kemudian
gerakkan ke julat lain.
• Tekan suis Eco Idle OFF dan berhentikan
operasi sistem.
• Buka pintu bahagian pemandu.
• Buka tali pinggang keledar.
Hidup semula secara automatik
Untuk tujuan keselamatan, ECU Eco Idle
kadang-kadang akan menghidupkan enjin
secara automatik.
Sect 10_BM D42L.indd 18 21/11/2019 11:19 AM