EasyManua.ls Logo

PERODUA Bezza - Butang Kecemasan; Pengesan Kereta; Penting

PERODUA Bezza
Print Icon
To Next Page IconTo Next Page
To Next Page IconTo Next Page
To Previous Page IconTo Previous Page
To Previous Page IconTo Previous Page
Loading...
15–3
Bagi memastikan sistem ini berfungsi dengan
baik, sentiasalah memeriksa perkara-perkara
berikut:
1. Bateri pemancar
Jika bateri transmitter lemah, ia akan
memberi kesan kepada sistem ini seperti
berikut:
a) Jarak kawalan transmitter menjadi
lebih dekat atau transmitter tidak dapat
menghidupkan atau mematikan sistem
penggera/kunci pusat.
NOTA: Jika berlaku tanda-tanda di atas,
bateri mestilah diganti.
2. Gangguan RF yang berlebihan/
gangguan harmonik
Walaupun bateri transmitter berfungsi
dengan baik, jarak kawalan mungkin
menjadi lebih dekat kerana gangguan
RF yang berlebihan/gangguan harmonik
(contohnya, telefon mudah alih sedang
digunakan bersebelahan dengan kereta;
peralatan audio seperti pembesar suara
kereta dipasang terlalu dekat dengan unit
kawalan sistem).
PentingPengesan kereta
Sistem ini boleh membantu anda
mengesan kenderaan anda di tempat
letak kenderaan yang besar. Anda juga
boleh menggunakannya untuk memastikan
kesemua pintu telah dikunci.
Prosedur pengendalian
Langkah-langkah:
1. Tekan butang 4 pada jenis 2 melebihi 1
saat atau butang 1 pada jenis 1 melebihi
3 saat.
2. Hon akan diaktifkan dan semua pintu
akan terkunci.
3. Untuk mematikan, tekan butang
1, 2 atau 4 sekali lagi selepas
menemui kereta anda, hon akan berhenti
tetapi pintu terus terkunci.
Butang kecemasan
Sistem penggera Perodua memberikan anda
keselamatan tambahan dengan menyertakan
bersama sistem butang kecemasan. Butang
kecemasan ini boleh diaktifkan dalam
jarak lebih kurang 10 meter (asalkan tiada
halangan, gangguan, dan bateri transmitter
berfungsi dengan baik) untuk mencegah/
menjauhkan pencuri, perompak atau
pembuat kacau berhampiran kenderaan
anda.
Prosedur pengendalian
Langkah-langkah:
1. Tekan butang 4 pada jenis 2 melebihi 1
saat atau butang 1 pada jenis 1 melebihi
3 saat.
2. Hon akan berbunyi serta-merta.
3. Sistem penggera masih lagi hidup dan
semua pintu terkunci.
4. Untuk mematikan, tekan butang 1, 2
atau 4.
5. Jika sistem kecemasan tidak dimatikan
seperti dalam langkah 4, hon akan terus
berbunyi selama kira-kira 45 saat dan
kemudiannya akan bersedia semula
secara automatik.
Sect 15_BM D42L.indd 3 24/10/2019 4:40 PM

Table of Contents

Related product manuals