EasyManua.ls Logo

PERODUA Bezza - Bantu-Menghidup (Jump-Starting)

PERODUA Bezza
Print Icon
To Next Page IconTo Next Page
To Next Page IconTo Next Page
To Previous Page IconTo Previous Page
To Previous Page IconTo Previous Page
Loading...
11–2
Bantu-menghidup
(Jump-starting)
w AMARAN
Sila perhatikan arahan-arahan berikut
untuk mengelakkan kecederaan
anggota badan yang serius dan
kerosakan kenderaan anda.
Sekiranya anda tidak cekap dengan
prosedur bantu-menghidup ini, sila
tanya Pusat Servis Perodua atau
perkhidmatan tunda.
Rujuk kepada Arahan-
arahan melakukan sendiri
penyelenggaraan” sebelum
menjalankan bantu-menghidup.
Bateri mengandungi asid sulfurik
yang beracun dan bersifat kakis.
Pakai cermin mata keselamatan
sebagai perlindungan dan berhati-
hati supaya bendalir bateri tidak
tumpah ke atas anggota badan
anda, pakaian atau kenderaan anda.
Sekiranya bendalir bateri tertumpah
di atas kulit anda atau terpercik di
mata anda, tanggalkan pakaian
anda yang telah tercemar itu dan
cuci bahagian itu selama sekurang-
kurangnya lima belas minit.
Sila jumpa doktor dengan segera.
Sapukan air dengan span atau kain
tanpa henti ketika dalam perjalanan
mendapatkan rawatan doktor.
Sekiranya anda telah tertelan
bendalir bateri, minumlah air atau
susu sebanyak yang boleh dan
jumpa doktor dengan segera.
Jauhilah api dari bateri kerana ia
boleh menyebabkan letupan bateri.
Jangan mengecas bateri yang
beku. Cairkan cecair bateri sebelum
bantu-menghidup; jika tidak gas
dalam cecair bateri boleh meletup.
Jangan bantu-menghidup
kenderaan yang mempunyai aras
bendalir bateri yang rendah.
Jauhi kanak-kanak daripada bateri.
Bantu-hidup kenderaan di tempat
yang banyak udara.
Sebagai tambahan, sila ikuti arahan-
arahan pengeluar kabel pelompat.
PERINGATAN
Gunakan bateri penggalak 12 volt.
Penggunaan voltan yang lebih tinggi
akan membawa kerosakan yang serius
kepada peralatan elektrik seperti
transmisi dan radio. Jangan bantu-
hidup kenderaan kecuali anda pasti
akan voltan bateri penggalak.
Keupayaan (AH) bateri penggalak tidak
boleh lebih rendah daripada bateri
ternyahcas itu.
Bersihkan bendalir bateri yang
tertumpah ke atas kemasan cat dengan
segera.
Sect 11_BM D42L.indd 2 24/10/2019 4:38 PM

Table of Contents

Related product manuals