11–3
(+)
(–)
(+)
(–)
Bateri nyahcas
Bateri penggalakKabel penghidup
Ke bumi
1. Sekiranya bateri penggalak dipasangkan
di kenderaan lain, jauhkan kedua-dua
kenderaan dan padamkan kesemua
lampu-lampu dan alat tambah yang tidak
perlu di kedua-dua kenderaan. Letakkan
tuil transmisi pada kedudukan neutral
(transmisi manual) atau di kedudukan
P atau N (transmisi automatik).
Gunakan brek meletak kenderaan dengan
sepenuhnya.
2. Tanggalkan ke semua tukup pengalih
daripada penggalak dan bateri ternyahcas
(sekiranya dilengkapi).
3. Hidupkan enjin kenderaan yang
mempunyai bateri penggalak dan biarkan
ia berjalan bagi beberapa minit pada
2,000 rpm.
4. Sebelum menyambung kabel penghidup,
pastikan suis penghidup kende raan yang
mempunyai bateri ternyahcas berada
pada kedudukan “LOCK” atau “OFF”.
5. Sambungkan kabel penghidup sama
seperti yang ditunjukkan dalam
gambarajah. Sambungkan kabel
pelompat daripada pangkalan negatif
bateri penggalak kepada satu titik metalik
yang tidak bercat jauh daripada bateri.
Jangan menyandarkan kabel penghidup
di atas bateri apabila menyambung.
Pastikan sambungan adalah baik.
w AMARAN
Untuk mengelakkan litar pintas;
• Pastikan penebat kabel pelompat
adalah dalam keadaan yang baik.
• Jangan menyambung kabel
dari pa da pangkalan negatif bateri
peng ga lak kepada atau berhampiran
dengan bahagian yang bergerak
atau kepada pangkalan negatif
bateri ternyahcas.
• Jangan biarkan kabel pelompat
atau penyepit menyentuh apa-apa
ke cuali pangkalan bateri yang betul
atau bumi.
• Jangan biarkan penyepit kabel
pelompat menyentuh satu sama
lain ketika menghubungkan
penyepit itu.
6. Engkolkan enjin kenderaan yang
mempunyai bateri ternyahcas. Selepas
enjin dihidupkan, laraskan pada 2,000
rpm buat beberapa minit.
7. Dengan berhati-hati putuskan sam bungan
kabel secara terbalik, iaitu kabel negatif
dahulu dan kemudian kabel positif.
8. Periksa aras elektrolit bateri. Tambah air
suling sehingga tanda “UPPER”.
9. Pasangkan tukup pengalih kepada
kedudukan asalnya (sekiranya
dilengkapi).
Sekiranya anda tidak pasti punca bateri
ternyahcas dapatkan Pusat Servis
Perodua anda untuk memeriksanya
dengan segera.
Sect 11_BM D42L.indd 3 24/10/2019 4:38 PM