EasyManua.ls Logo

PERODUA Bezza - Enjin Panas Lampau

PERODUA Bezza
Print Icon
To Next Page IconTo Next Page
To Next Page IconTo Next Page
To Previous Page IconTo Previous Page
To Previous Page IconTo Previous Page
Loading...
11–4
Enjin panas lampau
Sekiranya enjin mengalami pemanasan
lampau, enjin akan mengeluarkan bunyi
bising dan prestasi enjin menurun dengan
mendadak serta tolok suhu cecair pendingin
enjin menunjukkan panas lampau.
Perhatikan AMARAN-AMARAN berikut dan
ikutlah prosedur yang diterangkan di bawah.
w AMARAN
Untuk membantu mengurangkan
risiko melecur atau kecederaan
anggota badan yang serius;
Biarkan enjin sejuk sebelum
me meriksa sebarang komponen di
ruang enjin.
Jangan cuba menanggalkan tukup
radiator apabila enjin dan radiator
masih panas.
Memandangkan tukup radiator
adalah jenis bertekanan, bahan
pen dingin panas akan percik
keluar.
Jangan membuka hud sekiranya
wap masih keluar.
Jangan menyentuh atau mendekati
bilah kipas radiator apabila enjin
masih hidup.
6. Periksa air penyejukan dalam jumlah
yang betul, ketegangan talisawat kipas,
pencemaran atau kotoran yang boleh
dilihat pada lubang pengalih haba.
7. Tambahkan bahan pendingin sekiranya
aras bahan pendingin tidak memadai.
(Sila lihat Seksyen 14.)
8. Sila dapatkan Pusat Servis Perodua
yang berdaftar untuk memeriksa sistem
pendingin.
Enjin lebih cenderung mengalami
pemanasan lampau pada musim panas.
Hal-hal berikut harus diperiksa dengan
kerap:
Kebocoran air dalam sistem pendinginan
Aras air radiator dan tangki simpanan
Sayap radiator tersumbat
Tegangan tali sawat pemacu
Sekiranya pemanasan lebih enjin berlaku
dengan kerap, sila dapatkan Pusat Servis
Perodua yang berdaftar untuk memeriksa
sistem pendingin.
1. Letakkan kenderaan di tempat yang
selamat dan matikan penyaman udara.
2. Sekiranya wap masih keluar daripada
hud, matikan enjin. Tutup hud sehingga
wap tidak keluar daripada hud. Sekiranya
wap tidak keluar lagi, buka hud supaya
berlakunya pengudaraan di bahagian
dalam.
3. Periksa ruangan enjin secara visual. Jika
ada menunjukkan sesuatu seperti berikut,
segera matikan enjin dan hubungi Pusat
Servis Perodua yang berdaftar.
Sekiranya kipas pendingin tidak
berpusing.
Sekiranya kebocoran wap atau air panas
daripada hos, dan sebagainya:
Sekiranya tangki simpanan radiator tiada
air.
Sekiranya tali sawat putus.
4. Matikan enjin apabila lampu amaran suhu
air menyala.
5. Selepas enjin sejuk sepenuhnya, periksa
komponen-komponen itu.
Sect 11_BM D42L.indd 4 24/10/2019 4:38 PM

Table of Contents

Related product manuals