EasyManua.ls Logo

PERODUA Bezza - Advanced Safety Assist (ASA) 2.0

PERODUA Bezza
Print Icon
To Next Page IconTo Next Page
To Next Page IconTo Next Page
To Previous Page IconTo Previous Page
To Previous Page IconTo Previous Page
Loading...
10–25
w AMARAN
Sistem ESS hanya untuk
mengurangkan kemungkinan
berlaku perlanggaran di bahagian
belakang kenderaan, dan bukannya
sistem pencegahan kemalangan
yang lengkap.
Pemandu hendaklah mematuhi
pemanduan selamat dan sentiasa
mengawasi keadaan persekitaran
untuk mengelak dari brek mengejut.
ESS mungkin tidak akan berfungsi
apabila lampu amaran ABS atau
Lampu amaran VSC & TRC menyala.
Advanced Safety Assist (ASA) 2.0
(Sekiranya dilengkapi)
ASA membantu pemandu dengan fungsi
berikut, dan menyokong pemanduan yang
selamat dan selesa.
Amaran Pra-Perlanggaran
Memberi isyarat kepada pemandu apabila
terdapat risiko untuk berlanggar dengan
halangan (kenderaan/pejalan kaki) di
hadapan melalui pengecaman dari kamera
stereo.
Brek Pra-Perlanggaran
Fungsi ini membantu untuk mengelak
dari melanggar halangan (kenderaan/
pejalan kaki) di hadapan dengan bantuan
brek kecemasan selepas Amaran Pra-
Perlanggaran berfungsi.
Bantuan Brek Pengurangan Kerosakan
Fungsi ini membantu untuk nyahpecut
dengan memberi lebih kuasa brek apabila
pemandu memijak injak brek semasa fungsi
brek kecemasan sedang beroperasi.
Kawalan Injak Pincang Tugas
Pecutan secara drastik dikawal apabila
pemandu menekan injak pemecut lebih cepat
dan lebih kuat daripada yang diperlukan dan
kenderaan mengesan halangan dihadapan.
Peringatan Berlepas Hadapan
Buzer amaran akan berbunyi apabila
kenderaan tetap berhenti walaupun
kenderaan hadapan telah berlepas.
w AMARAN
Kewajipan pemanduan yang selamat
Pemandu adalah bertanggungjawab
untuk menjalankan operasi
keselamatan normal. Pemandu
hendaklah sentiasa berusaha
untuk memastikan keselamatan
sebagai contoh, memberi
perhatian kepada jarak kenderaan
hadapan, memastikan persekitaran
pemanduan dan memijak injak brek
apabila diperlukan.
Jangan sekali-kali bergantung
kepada ASA untuk kawalan
keselamatan semasa memandu.
Kebergantungan yang berlebihan
boleh membawa kepada
kemalangan yang tidak dijangka,
yang boleh membawa kepada
kecederaan serius atau dalam kes
paling teruk, kematian.
Sect 10_BM D42L.indd 25 21/11/2019 11:19 AM

Table of Contents

Related product manuals