10–10
Sistem brek
Sistem brek silinder utama iring
Perodua anda dilengkapi dengan sistem
brek silinder utama iring. Setiap sistem brek
berfungsi dengan sendirinya.
Sekiranya kedua-dua sistem brek tidak dapat
berfungsi, sistem brek yang satu lagi akan
berfungsi. Walau bagaimanapun, sistem brek
memerlukan tenaga yang lebih dan jarak
berhenti akan meningkat. Lampu amaran
brek akan menyala.
w AMARAN
Jangan terus memandu dengan sistem
brek yang tidak berfungsi.
Periksa sistem tersebut dengan
segera.
Penggalak brek menggunakan vakum
pancarongga enjin untuk membantu tenaga
membrek.
w AMARAN
Apabila enjin dihentikan ketika
memandu, membrek akan memerlukan
tenaga yang lebih daripada biasa dan
jarak berhenti akan bertambah.
Dalam kes ini, anjakan gear ke neutral
dan pandu kenderaan ke tepi jalan
dengan selamat. Pasangkan lampu
amaran bahaya setelah kenderaan
berhenti dan dapatkan bantuan
daripada Pusat Servis Perodua
atau perkhidmatan trak tunda yang
berdaftar.
Penggalak brek
w AMARAN
• Jangan memijak injak brek dengan
tiba-tiba apabila tayar pancit. Ini
boleh menyebabkan kesukaran
mengawal kenderaan.
• Pastikan pelapik kaki tidak
mengganggu pergerakan bebas
injak brek.
• Keberkesanan membrek akan
berkurangan jika terdapat
kelembapan. Perlahan-lahan tekan
injak brek beberapa kali untuk
menanggalkan kelembapan.
• Jangan merehatkan kaki anda di
atas injak brek ketika memandu.Ini
boleh menyebabkan pemanasan
lebih brek.
• Jangan terus menekan injak brek
apabila menuruni satu cerun curam.
Anjak turun untuk membiarkan enjin
membrek.
Peringatan-peringatan am bila membrek
Sect 10_BM D42L.indd 10 21/11/2019 11:19 AM