EasyManua.ls Logo

PERODUA Bezza - Page 176

PERODUA Bezza
Print Icon
To Next Page IconTo Next Page
To Next Page IconTo Next Page
To Previous Page IconTo Previous Page
To Previous Page IconTo Previous Page
Loading...
10–11
ABS (Sistem Brek Anti-kekunci) adalah satu
sistem yang menghalang roda dari terus
berhenti berputar atau terkunci semasa
membrek kecemasan atau membrek di
atas permukaan jalan raya licin. Oleh itu ia
boleh meningkatkan kestabilan dan kawalan
kenderaan.
Terdapat keadaan di mana injak brek
bergegar atau mengeluarkan bunyi apabila
injak brek ditekan. Ini adalah tanda bahawa
ABS berfungsi dengan baik.
Seterusnya anda mungkin mendengar
bunyi dari ruang enjin selama beberapa
saat apabila kenderaan sampai ke sesuatu
kelajuan semasa kenderaan bergerak.
Bunyi ini bukanlah tanda luar biasa kerana
ia adalah dari sistem ABS yang menjalani
diagnosis sendiri permulaan.
EBD (Pengagih Daya Brek Elektronik)
EBD (Pengagih Daya Brek Elektronik) adalah
satu fungsi di mana daya brek optimum
diagihkan mengikut perjalanan dan beban
kenderaan. Dengan ini keberkesanan
membrek dalam keadaan berbeban terjamin
setiap masa.
* Sekiranya dilengkapi
ABS (Sistem Brek Anti-kekunci)*
PERINGATAN
Walaupun kenderaan anda dilengkapi
dengan ABS, ia masih memerlukan
jarak berhenti yang mencukupi.
Sentiasa beri jarak yang selamat dari
kenderaan di hadapan anda.
Jangan memandu terlampau laju
walaupun kenderaan anda dilengkapi
dengan ABS Sentiasa memandu
dengan cermat. Sentiasa berhati-hati
dengan keadaan jalan raya semasa
memandu.
Berbanding dengan kenderaan tanpa
ABS, jarak membrek kenderaan yang
dilengkapi ABS mungkin lebih jauh di
atas jalan raya kasar atau jalan berbatu.
Kurangkan kelajuan apabila memandu
di atas jalan raya sebegini.
Jika ABS mengalami kepincangan,
lampu amaran akan menyala. Dalam
keadaan begini, sistem brek biasa
masih berfungsi dengan baik walaupun
ABS tidak befungsi.
Apabila lampu amaran menyala,
hantarkan kenderaan dengan segera
ke Pusat Servis Perodua yang berdaftar.
Selepas enjin dihidupkan atau
kenderaan sedang bergerak, jika
lampu amaran sistem pembrekan
anti penguncian dan lampu amaran
brek terus menyala dan tidak padam,
hanya tayar belakang yang akan
terkunci semasa membrek kecemasan,
menyebabkan kenderaan tidak stabil.
Dalam keadaan begini, elakkan
membrek secara mengejut dan hantar
untuk pemeriksan dengan segera ke
Pusat Servis Perodua yang berdaftar.
PERHATIAN
Sistem ABS tidak beroperasi pada
kelajuan yang lebih rendah dari 10 km/j
(6 bsj). Sistem akan berfungsi seperti
brek biasa.
Tentukan anda terus menekan brek
dengan kuat semasa membrek
kecemasan. Jika injak brek dilepaskan,
sistem ABS tidak akan memberikan
sebarang kesan yang diharapkan.
Jangan membrek secara mengepam.
Jika anda melakukan membrek secara
mengepam, jarak membrek akan
menjadi lebih jauh.
*“Membrek secara mengepam”
adalah membrek dengan menekan
dan melepaskan injak brek secara
berulang-ulang.
Sect 10_BM D42L.indd 11 21/11/2019 11:19 AM

Table of Contents

Related product manuals