10–21
PERINGATAN
Kesemua empat tayar perlu mempunyai
saiz yang sama, pengeluar, jenama, dan
corak bunga, serta bebas daripada haus.
Memasang tayar yang tidak mengikut
ketetapan untuk kenderaan anda boleh
menyebabkan VSC tidak berfungsi dengan
betul.
PERHATIAN
• VSC boleh beroperasi apabila kelajuan
kenderaan melebihi kira-kira 15 km/j.
• Walaupun anda tidak mengaktifkan
sistem, VSC (termasuk TRC), akan
kembali ke keadaan asal setiap kali
anda menghidupkan enjin.
• Apabila menghidupkan enjin, anda
akan mendengar bunyi klik. Bunyi ini
menunjukkan pengawasan operasi
sistem dan bukan pincang tugas.
(Lihat “Suis VSC OFF” di Seksyen 4)
(Lihat “Lampu penunjuk gelincir, penunjuk
VSC OFF dan penunjuk TRC OFF” di
Seksyen 5)
TRC
Fungsi TRC
TRC adalah sistem yang memastikan
kestabilan dan daya pemanduan kenderaan
dengan mengawal putaran roda ketika
memandu apabila berlebihan pendikit
digunakan semasa melalui atau memandu
laju di jalan yang licin.
Jika roda mula tergelincir, komputer akan
mengesannya berdasarkan maklumat
daripada sensor kelajuan roda, dan brek
akan berfungsi sekiranya perlu. Dengan ini, ia
mengawal daya penggerak yang berlebihan
dan mencegah tergelincir.
• Jika anda tekan suis “VSC OFF”, TRC tidak
akan beroperasi dan lampu penunjuk TRC
OFF akan menyala.
• TRC tidak akan beroperasi apabila lampu
penunjuk TRC OFF menyala.
• Jika TRC diaktifkan, anda mungkin
perasan kenderaan bergetar yang
disebabkan oleh kawalan brek dan bukan
pincang tugas.
• Apabila terperangkap dalam lumpur,
anda mungkin tidak dapat mengeluarkan
kenderaan anda jika TRC sedang
beroperasi. Dalam kes ini, suis “VSC OFF”
boleh digunakan untuk menghentikan
operasi TRC.
Mekanisma TRC
Komputer membandingkan isyarat tayar
gelincir dari sensor disambungkan ke semua
empat roda. Jika isyarat dari salah satu roda
adalah lebih daripada roda lain, komputer
akan mentafsir bahawa kereta itu tergelincir.
Brek akan berfungsi untuk mengurangkan
daya penggerak untuk tayar tergelincir
dan seterusnya mengawal kenderaan dari
tergelincir.
Hubungan antara TRC dan tayar
• TRC bergantung kepada isyarat daripada
sensor disambungkan ke semua roda
sebagai rujukan untuk operasi. Jika
pelbagai jenis tayar digunakan daripada
empat roda, isyarat keluaran mungkin
berubah menyebabkan komputer
mengesan gelinciran.
• Keadaan tayar mempunyai pengaruh
yang besar pada sistem. Pastikan semua
tayar berada dalam keadaan baik.
Sect 10_BM D42L.indd 21 21/11/2019 11:19 AM