10–8
Apabila kenderaan telah berhenti
sepenuhnya, gunakan brek meletak
kenderaan dan gerakkan tuil anjak ke P
sambil injak brek ditekan.
w AMARAN
• Gerakkan tuil anjak sepenuhnya
ke P untuk mengelakkan daripada
kemalangan atau sebarang
pergerakan kenderaan secara
tidak sengaja.
• Jangan memecut kenderaan tanpa
keperluan yang sewajarnya.
Sila pastikan tuil anjak berada pada
kedudukan P apabila enjin dimatikan, jika
tidak suis penghidup tidak boleh disetkan
ke “OFF” atau “LOCK” dan kunci penghidup
tidak boleh ditarik keluar.
Tekan injak brek sebaik mungkin dengan
tuil anjak dalam julat yang sama atau di N.
Jika anda berhenti untuk masa yang lama,
gunakan brek meletak kenderaan dengan
tuil anjak di N.
w AMARAN
Jika injak brek tidak ditekan sebaik
mungkin dan tuil anjak berada di 2, 3,
D4 atau R, kenderaan akan bergerak.
Untuk mengelakkan pergerakan
kenderaan:
• Gunakan brek meletak kenderaan
pada tahap tinggi.
• Teruskan menekan injak brek
apabila menganjak daripada N ke
julat yang lain.
Berhenti seketika
Meletak kenderaan atau berhenti
Untuk mengundurkan kenderaan
Pastikan kenderaan anda berhenti
sepenuhnya apabila menekan injak brek
dan gerakkan tuil anjak kepada R.
PERINGATAN
• Berhati-hati dengan kedudukan
pemanduan anda semasa mengundur
kenderaan. Pastikan kedudukan anda
masih dapat mengawal brek.
• Selepas mengundur, pastikan anda
menukar kembali tuil kepada N atau
P.
• Pastikan kenderaan anda berhenti
sepenuhnya sebelum menukar tuil dari
D4 kepada R dan R kepada D4. Tekan
injak brek sepenuhnya. Kegagalan
berbuat demikian akan menyebabkan
kerosakan pada sistem transmisi.
Mengundur
Sect 10_BM D42L.indd 8 21/11/2019 11:19 AM