EasyManua.ls Logo

PERODUA Bezza - Page 82

PERODUA Bezza
Print Icon
To Next Page IconTo Next Page
To Next Page IconTo Next Page
To Previous Page IconTo Previous Page
To Previous Page IconTo Previous Page
Loading...
3–43
Perakam data kejadian
Kenderaan dilengkapi dengan sebuah
perakam data kejadian (EDR). Fungsi utama
EDR adalah untuk merakam dalam beberapa
kemalangan tertentu seperti beg udara
mengembung, atau melanggar halangan
jalan raya, data akan membantu untuk
mengetahui bagaimana sistem kenderaan
berfungsi. EDR dalam kenderaan direka untuk
merekod data berkaitan dengan kenderaan
yang dinamik dan sistem keselamatan untuk
jangkamasa pendek, kebiasaannya 30 saat
atau kurang. Bagaimanapun data mungkin
tidak akan direkod bergantung kepada
kerosakan dan jenis kemalangan.
Perakam data kejadian (EDR) dalam
kenderaan direka untuk merekod data seperti:
Bagaimana sistem dalam kenderaan
beroperasi;
Sejauh mana pemandu menekan injak
pemecut atau injak brek: dan,
Kelajuan kenderaan ketika memandu.
Data ini membantu untuk mengetahui punca-
punca kejadian ketika kemalangan dan
kecederaan berlaku.
PERHATIAN
Perakam data kejadian (EDR) direkod oleh
kenderaan anda sahaja jika kemalangan
yang tidak disengajakan berlaku; tiada data
direkod oleh EDR bagi pemanduan biasa
dan tiada maklumat peribadi (nama, jantina,
umur dan lokasi kemalangan) direkod.
Bagaimanapun, pihak lain seperti
penguatkuasaan undang-undang boleh
menggabungkan data EDR dengan
maklumat harian peribadi yang diperlukan
semasa penyiasatan kemalangan
dijalankan.
Untuk membaca data yang direkod oleh
EDR, sebuah peralatan khas dan akses
kepada kenderaan atau EDR diperlukan.
Tambahan kepada pengeluar
kenderaan dan pihak yang lain seperti
penguatkuasaan undang-undang yang
mempunyai peralatan khas, pihak
berkenaan boleh membaca maklumat
tersebut jika mereka mempunyai akses
kepada kenderaan tersebut atau akses
kepada EDR.
Pendedahan data EDR
Perodua tidak akan dedahkan data yang
direkod dalam EDR kepada pihak ketiga
kecuali:
Menerima perjanjian daripada pihak
pemilik kenderaan (atau pemajak untuk
kenderaan yang dipajak).
Dengan permintaan rasmi dari pihak polis
atau perintah mahkamah atau agensi
kenderaan.
Untuk kegunaan Perodua dalam
mahkamah.
Bagaimanapun, jika perlu, Perodua mungkin:
Menggunakan data untuk penyelidikan
penyelenggaraan keselamatan
kenderaan.
Pendedahan data kepada pihak
ketiga untuk tujuan penyelidikan tanpa
mendedahkan maklumat tentang
spesifikasi kenderaan atau pemilik
kenderaan.
Sect 03_BM D42L.indd 43 21/11/2019 11:02 AM

Table of Contents

Related product manuals