5–5
Lampu penunjuk pincang tugas (MIL)
Jika sistem kawalan elektronik enjin pincang
tugas semasa enjin hidup, lampu amaran
(MIL) akan menyala atau berkelip.
PERINGATAN
Jika lampu ini masih berterusan menyala,
bawa segera kenderaan anda ke Pusat
Servis Perodua untuk diperiksa.
Lampu amaran ABS
(Sistem Brek Anti-kekunci)
Lampu ini akan menyala apabila suis
penghidup berada pada kedudukan “ON”
dan terpadam beberapa saat kemudian.
Keadaan ini menunjukkan bahawa ABS
(Sistem Brek Anti-kekunci) pincang tugas.
• Apabila suis penghidup berada pada
kedudukan“ON”, lampu tidak menyala
atau kekal dalam keadaan menyala.
• Selepas lampu terpadam, ia menyala
semula.
• Lampu menyala semasa memandu.
Dapatkan Pusat Servis Perodua yang
berdaftar untuk memeriksanya dengan
segera.
PERINGATAN
Jangan terus memandu sekiranya tali
sawat pemacu pecah atau longgar.
Ia akan menyebabkan pemanasan lampau
enjin, bateri tidak di cas dan menyebabkan
enjin kenderaan mati.
Dapatkan Pusat Servis Perodua anda untuk
memeriksanya dengan segera.
Sect 05_BM D42L.indd 5 21/11/2019 11:13 AM