5–12
Lampu penunjuk isyarat belok/
Lampu isyarat amaran bahaya.
Lampu isyarat belok
Lampu ini akan menyala bersama isyarat
belok apabila suis penghidup disetkan pada
kedudukan “ON”.
Lampu isyarat amaran bahaya
Lampu ini akan menyala apabila lampu
amaran bahaya dihidupkan, tanpa mengambil
kira kedudukan suis penghidup.
Lampu penunjuk Eco
Lampu ini akan menyala apabila suis
penghidup berada pada kedudukan “ON”
dan padam beberapa saat kemudian.
Lampu ini menyala semasa pemanduan
cekap-bahan api. Lampu ini akan padam
apabila kelajuan kenderaan kurang daripada
15km/j atau melebihi 110km/j.
PERHATIAN
Lampu ini tidak akan menyala melainkan
paparan lampu penunjuk Eco disetkan
ke “Eco On”.
(Lihat “Pengeset paparan lampu penunjuk
Eco”)
2
1
0
3
x1000r/min
6
7
8
5
4
Lampu penunjuk
keselamatan
Lampu penunjuk keselamatan
Apabila kunci ditarik keluar daripada suis
penghidup atau suis penghidup dimatikan,
lampu penunjuk keselamatan akan menyala.
Sect 05_BM D42L.indd 12 21/11/2019 11:13 AM