7–11
Butang Bluetooth ( ) - 1
Pilihan pengubahsuaian menu BT
Tekan butang Bluetooth 1 untuk pilihan pengubahsuaian menu telefon mengikut aturan berikut:
ADD DEV MANU ANS BT RESET “PREVIOUS MODE” (AM/FM/USB/BT MUSIC) ADD DEV
Bluetooth bebas tangan
Langkah 1: Masuk ke dalam mod pairing (mod boleh sambung dan boleh kesan)
1. Mod pairing ini membenarkan sistem audio dikesan melalui Bluetooth telefon bimbit.
Untuk membolehkan mod pairing:
a. Sistem audio kereta
- Tekan butang Bluetooth 1 untuk bertukar kepada menu “ADD DEV”.
- Tekan butang Bluetooth 1 lebih dari 2 saat untuk berada dalam mod pairing.
b. Sistem audio akan memaparkan “PAIRING” dan logo Bluetooth ( ) akan berkelip pada LCD, menunjukkan bahawa sistem ini telah
bersedia untuk dipadankan dengan telefon bimbit.
c. Telefon bimbit
- Boleh/hidupkan Bluetooth di dalam telefon bimbit anda; simbol ini ( ) menunjukkan Bluetooth telah dihidupkan.
- Gunakan telefon bimbit untuk mencari peranti baru dalam mod Bluetooth, telefon bimbit akan memaparkan “PERODUA”.
2. Untuk peranti yang menyokong Simple Secured Pairing (SSP), 6 digit kunci laluan akan dihasilkan secara rawak dan dipaparkan pada
LCD dan telefon bimbit.
Untuk peranti yang tidak menyokong Simple Secured Pairing (SSP), pengguna hendaklah memasukkan kunci laluan “0000” apabila
diminta.
3. Sistem audio ini akan bersambung dengan Bluetooth telefon bimbit secara automatik setelah pengguna memasukkan kunci laluan dan
“ ” akan berhenti berkelip. Sistem Bluetooth yang baru akan memasuki mod bersedia.
4. Jika proses pairing gagal, paparan LCD akan kembali kepada “ADD DEV” selepas 120 saat.
5. Jika sambungan Bluetooth gagal, penunjuk BT akan hilang.
Sect 07_BM D42L.indd 11 21/11/2019 11:15 AM