10–30
Amaran Pra-Perlanggaran Brek Pra-Perlanggaran
Fungsi ini memberi isyarat kepada pemandu
apabila terdapat risiko perlanggaran
dengan halangan (kenderaan/pejalan
kaki) di hadapan melalui pengecaman
dari kamera stereo. Jika sistem menilai
bahawa kemungkinan perlanggaran dengan
halangan di hadapan adalah tinggi, sistem
akan mengaktifkan buzer dan lampu
penunjuk operasi ASA akan berkelip untuk
memberi amaran kepada pemandu supaya
menggesa operasi elak perlanggaran.
Brek kecemasan
Selepas Amaran Pra-Perlanggaran beroperasi
dan risiko untuk berlanggar dengan halangan
(kenderaan/pejalan kaki) di hadapan
semakin tinggi, sistem akan mengaktifkan
brek kecemasan dan menindas keluaran
enjin untuk mengelakkan perlanggaran
atau mengurangkan kerosakan. Apabila
kemungkinan untuk berlaku perlanggaran
semakin tinggi, ia akan beralih daripada
brek utama (daya brek lemah) kepada brek
sekunder (daya brek kuat).
Semasa fungsi brek kecemasan berfungsi,
buzer akan berbunyi, lampu penunjuk operasi
ASA akan berkelip dan lampu amaran master
akan menyala.
Fungsi ini beroperasi apabila kelajuan dan
beza kelajuan di antara kenderaan sendiri
dengan halangan di hadapan adalah:
• Kenderaan: sekitar 4 ~ 100 km/j
• Pejalan kaki: sekitar 4 ~ 50 km/j
Posisi anjakan adalah selain dari P dan R
Bergantung kepada keadaan, terdapat
kemungkinan ia akan berfungsi pada
motosikal, dinding, rel penghadang dan
lain-lain.
1 Amaran Pra-Perlanggaran bermula
Kebarangkalian untuk melanggar kenderaan
hadapan : tinggi
PiPiPiPiPiPi
Kamera stereo
Kamera stereo
Kebarangkalian untuk melanggar kenderaan
hadapan : lebih tinggi
PiPiPiPiPi...
2 Brek kecemasan bermula
Sect 10_BM D42L.indd 30 21/11/2019 11:19 AM