11–10
w AMARAN
Untuk mengelakkan bicu daripada
tergelincir dan kecederaan anggota
badan yang serius:
• Bicu harus digunakan di permukaan
tanah yang rata sekiranya boleh.
Letakkan papan yang rata dan
besar di bawah bicu, sekiranya
perlu untuk menstabilkan bicu.
• Adalah disarankan roda kenderaan
disendalkan dan tiada sesiapa pun
berada di dalam kenderaan yang
sedang dibicu.
• Pastikan tiada sesiapa memasuki
bawah kenderaan yang hanya
ditopangkan dengan bicu: gunakan
topang kenderaan.
• Jangan meletakkan sebarang
daripada bahagian badan anda di
bawah kenderaan yang dibicu.
• Gunakan bicu yang disediakan di
dalam kenderaan anda hanya bagi
tujuan menggantikan roda.
• Jangan menaikkan lain-lain
kenderaan atau beban pada bila-
bila masa dengannya.
2. Empat titik mengesetkan bicu telah
disediakan: dua di setiap belah
sebagaimana yang ditunjukkan dalam
gambarajah.
Setkan bicu di titik mengeset bicu yang
paling hampir dengan tayar bocor.
• Setkan bicu pada titik-titik yang
telah ditentukan.
• Jangan menggoyangkan atau
menolak kenderaan yang dibicu.
• Jangan menghidupkan enjin
apabila kenderaan sedang dibicu.
• Alihkan bagasi yang berat daripada
kenderaan sebanyak yang boleh.
Sect 11_BM D42L.indd 10 24/10/2019 4:38 PM