11–12
Permukaan nat lug roda
• Tanggalkan sebarang bahan kakis
dan objek-objek di atas gelendong
dan ceper brek dan permukaan nat
lug roda sebelum memasangkan
tayar simpanan. Pemasangan roda
tanpa kontak besi ke besi di mukaan
pemasangan akan menyebabkan
kenderaan bergegar atau nat roda
menjadi longgar apabila anda
memandu.
Bahagian
lapisan
Bahagian menirus
5. Pasangkan semula kesemua nat lug roda
dan ketatkannya sehingga roda tidak
longgar lagi.
Pastikan bahagian tirus nat lug dipasangkan
dengan baik ke dalam lubang-lubang itu.
Jangan mengetatkannya dengan kukuh
lagi.
PERINGATAN
• Jangan meletakkan minyak pada nat
lug. Ia akan menjadi longgar apabila
kenderaan bergerak.
• Bolt dan nat juga mungkin akan rosak
sekiranya ianya diketatkan dengan
terlalu kuat.
6. Selitkan pemegang bicu ke dalam aci ulir
bicu dan pusingkan berlawanan arah jam
untuk merendahkan kenderaan.
Sect 11_BM D42L.indd 12 24/10/2019 4:38 PM