13–1
Syarat-syarat penyelenggaraan
(Peringatan Am)
1. Servis penyelenggaraan berjadual
penting bagi memastikan pemanduan
bebas daripada masalah, selamat dan
jimat. Kegagalan untuk menyelenggara
kenderaan anda dengan sempurna boleh
menyebabkan berlakunya kemalangan
atau kerosakan pada kenderaan anda.
2. Jika anda melakukan penyelenggaraan
berkala, anda dapat mengurangkan
kadar kemalangan atau kerosakan pada
kenderaan. Ia juga dapat membantu anda
mengesan kerosakan pada peringkat
awal yang mungkin boleh membawa
kepada kerosakan lebih serius. Oleh itu,
kerosakan kenderaan dapat dielakkan
atau dikurangkan.
3. Oleh itu, kesemua pemilik kenderaan
Perodua bertanggungjawab untuk
mematuhi servis penyelenggaraan
berkala bagi melindungi anda daripada
kemalangan atau masalah yang tidak
dijangka.
4. Bagi mencegah dari terjadinya sebarang
kerosakan pada peringkat awal,
melakukan penyelenggaraan berjadual
sahaja belum mencukupi. Adalah penting
bagi pemilik itu sendiri melakukan
penyelenggaraan, termasuklah
pemeriksaan pada pra-menghidup
seperti yang terdapat di dalam buku
panduan pemilik. Oleh itu, kenderaan
boleh dielakkan daripada kejadian atau
perubahan yang tidak normal. Pemilik
juga patut mendapatkan nasihat daripada
penasihat servis mengenai keperluan
penyelenggaraan kenderaan anda.
Pastikan anda menggantikan komponen
yang disyorkan secara berkala pada
jangka masa penukaran penggantian
berkala.
5. Walau bagaimanapun, kerosakan juga
boleh berlaku pada kenderaan yang
sentiasa diperiksa oleh pemilik. Sebagai
contoh, terdapat kes di mana kerosakan
berlaku secara tiba-tiba walaupun tiada
sebarang kerosakan berlaku sehingga
semalam/kelmarin.
Perkara ini boleh berlaku jika sesuatu
komponen yang disyorkan untuk ditukar
secara berkala, sedangkan ia masih
digunakan melebihi masa berkenaan dan
jangka hayat komponen telah tamat.
Untuk mengelakkan kerosakan seperti ini
pada peringkat lebih awal, pastikan anda
menukarkan komponen yang disyorkan
itu secara berkala pada jangka masa
penukaran berkala berkenaan.
6. Seksyen ini menerangkan mengenai
perkara-perkara yang terdapat pada
servis penyelenggaraan berjadual yang
disyorkan oleh Perodua dan selang
masanya. Pastikan anda meneliti jadual
penyelenggaraan tersebut.
7. Kami di Perodua menawarkan satu
pe me rik saan apabila kenderaan baru
anda telah dikendalikan sehingga 1,000
km dari tarikh pertama pendaftaran. Sila
ambil perhatian bahawa turas dan pelincir
adalah di bawah tanggungan anda. Sila
bawa kenderaan baru anda kepada
Pusat Servis Perodua yang berdaftar
bagi perkhidmatan pemeriksaan percuma
yang penting ini.
Sect 13_BM D42L.indd 1 24/10/2019 4:39 PM