EasyManua.ls Logo

PERODUA Bezza - Page 240

PERODUA Bezza
Print Icon
To Next Page IconTo Next Page
To Next Page IconTo Next Page
To Previous Page IconTo Previous Page
To Previous Page IconTo Previous Page
Loading...
13–3
Rekod penyelenggaraan
Simpan satu salinan invois bagi sebarang
penyelenggaraan yang dijalankan ke atas
Perodua anda.
Ia membuktikan kesemua penyelenggaraan
yang diperlukan telah dijalankan bagi
mendapatkan perlindungan jaminan.
Melakukan penyelenggaraan sendiri
Sekiranya anda mempunyai pengetahuan
mekanikal dan peralatan automotif, anda
boleh menyelenggara beberapa perkara
sendiri.
Prosedur melakukan penyelenggaraan
sendiri terdapat dalam Seksyen 14.
Sila ambil perhatian penyelenggaraan yang
anda lakukan sendiri akan memberi kesan
ke atas perlindungan jaminan anda. Sila lihat
Buku Servis dan Jaminan bagi penerangan
jaminan yang lebih terperinci.
Servis penyelenggaraan berjadual
1. Senarai penyelenggaraan berjadual
dalam bahagian ini memerlukan
penyelenggaraan pada selangan yang
tetap.
2. Penyelenggaraan berjadual ini
menyarankan anda agar menyelenggara
kenderaan secara minimum bagi
memastikan operasi bebas dari sebarang
masalah dan meningkatkan prestasi,
kemampuan dan keselamatan kenderaan
anda. Sila patuhi penyelenggaraan
berjadual yang disediakan.
3. Bagi menyelaraskan penyelenggaraan,
servis tambahan diperlukan pada
kenderaan bergantung kepada sesuatu
keadaan. Lakukan pemeriksaan terperinci
di Pusat Servis Perodua yang berdaftar.
4. Jenis dan kekerapan penyelenggaraan
bergantung kepada bagaimana anda
memandu dan juga keadaan persekitaran
semasa pemanduan. Sekiranya anda
memandu dalam keadaan pemanduan
yang teruk penyelenggaraan yang lebih
kerap diperlukan. Dalam kes ini, dapatkan
nasihat daripada Pusat Servis Perodua
yang berdaftar.
5. Sila ambil perhatian penyelenggaraan
yang dijalankan adalah di bawah
tanggungan pemilik.
Sect 13_BM D42L.indd 3 24/10/2019 4:39 PM

Table of Contents

Related product manuals