14–13
3. Tanggalkan bolt pada gegelung
pencucuh.
4. Tarik keluar gegelung pencucuh.
PERHATIAN
Berhati-hati supaya anda tidak tertarik
keluar wayar semasa menanggalkannya.
Jika ada kemungkinan wayar tertarik,
putuskan sambungan pada gegelung
pencucuh.
w AMARAN
Berhati-hati agar anda tidak melecur
kerana bahagian enjin dan palam
pencucuh mungkin panas.
Enjin 1KR-VE
5. Buka skru dan tanggalkan palam
pencucuh dengan perengkuh palam
pencucuh.
PERINGATAN
Masukkan aci palam pencucuh terus
ke palam pencucuh. Jika ia digunakan
dalam keadaan condong, palam pencucuh
mungkin akan rosak.
6. Periksa hujung penebat palam pencucuh
untuk melihat sama ada ia berwarna
perang muda dan tidak tersumbat. Jika
tidak, dapatkan pemeriksaan palam
pencucuh di Pusat Servis Perodua yang
berdaftar.
Enjin 1KR-VE
PERINGATAN
Jangan mengotorkan atau menjatuhkan
sebarang benda ke dalam lubang
palam pencucuh. Jika tidak ia mungkin
menyebabkan enjin rosak.
Sect 14_BM D42L.indd 13 24/10/2019 4:39 PM