14–23
3. Periksa fius yang telah dikeluarkan.
Sekiranya fius telah putus, gantikan
dengan fius simpanan. Sekiranya fius
tidak putus, kemungkinan ia disebabkan
oleh masalah yang lain. Dapatkan
pemeriksaan ke atas kenderaan anda
oleh Pusat Servis Perodua yang berdaftar.
Sekiranya pembaikan ditangguhkan,
putuskan sambungan kabel daripada
terminal negatif bateri sebagai langkah
keselamatan.
Baik Putus
w AMARAN
Untuk mengelakkan kebakaran oleh
pengaliran arus yang berlebihan:
• Jangan memasang sebarang benda
di tempat fius walaupun untuk
sementara.
• Pastikan anda hanya menggunakan
fius dengan kapasiti tertentu.
Jangan sesekali menggunakan fius
yang nisbah ampiernya lebih tinggi
daripada yang ditetapkan.
Kami mengesyorkan anda menyimpan satu
fius simpanan untuk kecemasan.
PERINGATAN
• Jangan menggunakan fius melebihi
kapasiti yang ditentukan. Pendawaian
akan menjadi terlalu panas dan rosak.
Ini akan menyebabkan kebakaran dan
merbahaya.
• Sekiranya fius yang baru digantikan
cepat rosak, dapatkan pemeriksaan ke
atas kenderaan anda oleh Pusat Servis
Perodua yang berdaftar.
PERHATIAN
Sekiranya kabel diputuskan daripada
terminal negatif sebarang data berkenaan
“EFI” dan sistem transmisi automatik
kawalan elektronik yang telah direkod
melalui fungsi diagnosis akan hilang.
Data yang dipraset pada jam dan radio
juga akan hilang.
Sect 14_BM D42L.indd 23 24/10/2019 4:40 PM