14–40
Putaran tayar
Kehausan tayar adalah berbeza jika ia
digunakan pada kedudukan yang sama untuk
jangkamasa yang lama. Untuk mengelakkan
masalah ini, putarkan tayar mengikut
susunan tayar yang ditunjukkan di atas.
Laraskan tekanan udara tayar selepas
putaran.
Jarak giliran tayar: setiap 10,000 km
Bahagian hadapan
kenderaan
Sekiranya penunjuk kehausan di permukaan
tayar adalah jelas, gantikan tayar secepat
mungkin.
Pemeriksaan kehausan tayar
Bunga haus Bunga baru
Tanda penunjuk kehausan
• Sekiranya anda menggantikan tayar,
pasangkan saiz dan bentuk tayar yang
sama dengan tayar asal dan mempunyai
kapasiti beban yang sama besar.
• Hanya gunakan roda sebagaimana yang
dispesifikasikan.
• Pandu pada kelajuan sederhana bagi 160
km yang pertama kerana tayar baru tidak
mempunyai cengkaman maksima.
• Gantikan injap udara setiap kali anda
menggantikan tayar tanpa tiub.
• Pastikan tukup habuk injap tayar sentiasa
ada di tayar.
• Pastikan tiada paku, batu atau objek lain
yang tersekat pada tayar.
• Dapatkan Pusat Servis Perodua untuk
me meriksa kehausan atau kerosakan
pada tayar.
Arahan-arahan mengenai tayar
Sect 14_BM D42L.indd 40 24/10/2019 4:40 PM