2–12
PERINGATAN
Tingkap bahagian penumpang belakang
tidak boleh diturunkan sepenuhnya.
Tingkap Jam-Pro (Tingkap pemandu
sahaja)
(Sekiranya dilengkapi)
Tingkap Jam-Pro adalah ciri keselamatan
auto undur dimana tingkap akan berhenti naik
dan turun semula secara automatik sekiranya
penderia mengesan sebarang halangan di
antara cermin dan bingkai tingkap.
Tingkap kuasa perlu diaktifkan untuk
memastikan operasi berjalan lancar. Tekan
suis pembuka tingkap kuasa untuk seketika
sehingga tingkap turun sepenuhnya dalam
keadaan suis enjin dihidupkan.
Tarik suis ke atas seketika untuk menaikkan
tingkap. Teruskan menekan suis selama dua
saat selepas tingkap tutup sepenuhnya.
PERHATIAN
• Sekiranya halangan terlalu kecil,
penderia mungkin tidak dapat
mengesan kehadiran halangan tersebut
dan fungsi auto-undur tidak dapat
diaktifkan.
• Bergantung kepada persekitaran
dan keadaan pemanduan, sekiranya
sebarang impak yang dialami oleh
cermin tingkap sama dengan keadaan
semasa terdapat sebarang halangan,
ianya boleh mengaktifkan penderia
auto-undur.
w AMARAN
• Jangan sekali-kali menggunakan
mana-mana bahagian badan anda
untuk sengaja mengaktifkan fungsi
auto-undur.
• Fungsi auto-undur mungkin
tidak berfungsi jika sesuatu
terperangkap sebelum tingkap
ditutup sepenuhnya.
k
k
Halangan
Cermin
Turun
Cermin
Naik
Sect 02_BM D42L.indd 12 31/10/2019 5:41 PM