5–7
Lampu amaran beg udara
Apabila kegagalan sebarang fungsi beg
udara dikesan, lampu amaran beg udara
akan menyala. Ini merupakan amaran
kepada pemandu bahawa sistem tersebut
gagal berfungsi.
Lampu ini akan menyala sekiranya suis
penghidup berada pada kedudukan “ON”
untuk pemeriksaan awal dan akan terpadam
beberapa saat kemudian.
PERINGATAN
Apabila keadaan yang berikut berlaku,
dapatkan Pusat Servis Perodua yang
berdaftar untuk melakukan pemeriksaan
sistem dengan segera.
• Lampu amaran tidak akan menyala
serta-merta selepas suis penghidup
berada pada kedudukan “ON”.
• Lampu amaran menyala secara
berterusan semasa enjin bergerak.
• Lampu amaran masih menyala
walaupun 6 saat telah berlalu selepas
suis berada pada kedudukan “ON”.
• Lampu amaran mengelip walaupun
6 saat telah berlalu selepas suis
penghidup berada pada kedudukan
“ON”.
Lampu amaran tali pinggang keledar
Bahagian pemandu
Jika pemandu tidak memasang tali pinggang
keledar, lampu amaran akan berkelip dan
buzer akan berbunyi selepas kelajuan
kenderaan melebihi 20km/j.
Sect 05_BM D42L.indd 7 21/11/2019 11:13 AM