5–8
Lampu amaran aras bahan api rendah
Lampu amaran aras bahan api rendah akan
menyala jika baki bahan api menunjukkan
jumlah kurang daripada 6.3 liter dengan
keadaan suis penghidup berada pada
kedudukan “ON”.
PERHATIAN
Apabila anda memandu di bukit atau
ketika membelok kenderaan, bahan api
di dalam tangki bahan api akan bergerak.
Ini memungkinkan lampu amaran menyala
lebih awal.
Dalam kes ini, isi semula bahan api secepat
yang mungkin.
Lampu amaran pintu renggang
Lampu akan menyala apabila mana-mana
pintu (termasuk pintu belakang) dibuka atau
tidak ditutup dengan rapat tanpa mengambil
kira kedudukan suis penghidup.
Lampu akan padam setelah semua pintu
ditutup rapat.
PERINGATAN
Jangan memandu ketika lampu ini
menyala. Sekiranya ia menyala, ini
menunjukkan tidak semua pintu ditutup
rapat. Pintu mungkin akan terbuka semasa
pemanduan dan boleh mengakibatkan
kemalangan yang tidak diingini.
Lampu amaran suhu air
Lampu ini akan menyala merah selama 3
saat apabila suis penghidup berada pada
kedudukan “ON”.
Berpandukan kepada suhu sebenar air
penyejuk enjin, lampu ini akan berubah ke
warna biru, kekal merah atau padam.
Lampu ini akan berkelip apabila suhu air
penyejuk enjin meningkat secara tidak normal
semasa enjin beroperasi. Lampu ini akan
menyala sekiranya suhu air penyejuk enjin
meningkat secara berterusan.
PERINGATAN
Jangan terus memandu sekiranya lampu
amaran menyala.
(Sila lihat “Pemanasan lampau enjin”).
Sect 05_BM D42L.indd 8 21/11/2019 11:13 AM