7–8
Butang Ulang Semula (RPT) - 4
Untuk mengulang semula muzik yang anda
dengar, tekan butang RPT 4.“ ” akan
tertera pada paparan dan trek tersebut
akan berterusan mengulang semula. Tekan
semula butang RPT untuk membatalkan
mod ulangan.
Butang Rawak (RDM) - 5
• Mainan Secara Rawak
Tekan butang RDM 5 untuk memilih
lagu secara rawak dari USB. Lagu akan
dimainkan secara rawak bergantung kepada
folder yang dipilih. Tekan butang RDM 5
untuk mengaktifkan fungsi ini dan “ ” akan
terpapar pada LCD. Tekan semula butang
untuk membatalkan fungsi ini.
• Mainan Folder Secara Rawak
Tekan butang RDM 5 lebih dari 2 saat untuk
memilih lagu secara rawak dalam folder yang
berbeza dari USB.
Butang Bisu (MUTE) - 6
Tekan butang MUTE 6 lebih dari 2 saat untuk
menghentikan seketika mainan.“PAUSE”
akan terpapar pada LCD. Tekan semula
butang lebih dari 2 saat untuk membatalkan
fungsi ini.
Butang Memilih Trek ( / ) - 2
• Tekan butang “ ” 2 untuk bertukar ke
trek berikutnya.
• Tekan butang “ ” 2 untuk bertukar ke
trek sebelumnya.
• Tekan butang “ ” 2 lebih daripada 2
saat untuk melajukan trek.
• Tekan butang “ ” 2 lebih daripada 2
saat untuk mengundurkan trek.
Nombor trek akan tertera pada paparan.
Butang Imbasan (SCN) - 3
Imbas intro membolehkan anda mengimbas
memori USB dengan memainkan selama
10 saat pertama pada setiap trek secara
berterusan. Tekan butang “SCN” 3 untuk
mengaktifkan imbas intro di mana “ ”
akan tertera pada paparan. Selepas anda
mendengar trek yang ingin dimainkan, tekan
semula butang untuk kembali kepada main
balik normal (normal playback).
Rajah 1
Pintu USB ( ) - 1
• Buka pintu USB 1 dan masukkan kabel
sambungan USB dengan memori USB
ke dalam port USB (seperti ditunjukkan
dalam Rajah 1). Sistem akan bertukar
secara automatik kepada mod USB dan
trek MP3/WMA akan dimainkan.
• Dicadang menggunakan kabel
sambungan USB bagi mengelakkan ia
tersembul.
• Untuk menanggalkan memori USB, tarik
kabel sambungan USB keluar daripada
unit tersebut. Kabel sambungan USB atau
memori USB yang ditanggalkan akan
menghentikan main balik (playback).
Sect 07_BM D42L.indd 8 21/11/2019 11:15 AM