7–9
Butang Paparan (DISP) - 7
Unit ini membenarkan paparan informasi
MP3/WMA bertukar pada LCD. Tekan butang
DISP 7 untuk memilih paparan informasi
MP3/WMA mengikut aturan berikut:
Track No + Play Time File Name Folder Name
Title Name Artist Name Album Name
Butang Folder Turun (F-DN) - 8
Apabila butang F-DN 8 ditekan, folder akan
dipilih mengikut aturan menurun.
Butang Folder Naik (F-UP) - 9
Apabila butang F-UP 9 ditekan, folder akan
dipilih mengikut aturan menaik.
Nota ketika memainkan MP3/WMA
daripada memori USB
• Unit ini mungkin tidak dapat memainkan
semula sesetengah memori USB atau fail
kerana ciri-cirinya atau keadaan semasa
merakam.
• Bergantung kepada bentuk memori USB
dan port sambungan, sesetengah memori
USB tidak dapat disambung dengan baik
atau sambungan mungkin longgar.
• Jika sambungan USB tidak mempunyai
fail yang betul, “ERROR 2” akan terpapar.
• JIka terdapat lebihan arus dari sambungan
USB, “OVERCURR” akan terpapar.
• Unit ini boleh menunjukkan tanda (versi
1.x dan 2.x) untuk fail MP3 dan WMA.
• Unit ini boleh memainkan semula fail
MP3/WMA bergantung kepada keadaan
di bawah:
- Fail: MPEG 1, 2 dan 2.5 - Lapis 3 (MP3);
Windows Media Audio v7/8/9 (WMA).
- Kadar bit: 8kbps - 320kbps (MP3);
48kbps - 192kbps (WMA).
- Frekuensi sampelan: 8kHz - 48kHz
(MP3), 8kHz - 44.1kHz (WMA).
• Unit ini boleh memainkan semula fail
VBR (variable bit rate) tetapi tempoh
mainan tidak tepat semasa melajukan
dan mengundurkan.
• Untuk memainkan muzik yang berkualiti
daripada MP3/WMA, kadar bit fail
hendaklah disetkan pada 128kbps atau
lebih dan mendapat sumber daripada
format CD yang asal.
• Unit ini boleh memaparkan lebih 28 aksara
untuk nama tajuk, nama artis, nama album,
nama fail dan nama folder.
• Unit ini boleh mengenal 65025 fail (255
fail dari setiap folder sehingga 255 folder)
daripada memori USB.
Sect 07_BM D42L.indd 9 21/11/2019 11:15 AM