10–5
PERHATIAN
• Enjin hanya boleh dihidupkan apabila
tuil berada pada julat P atau N.
• Untuk operasi , tuil anjak tidak
boleh digerakkan tanpa menekan
butang tuil anjak bagi mengelakkan
kesilapan penggunaan.
Periksa penunjuk untuk melihat posisi
semasa tuil anjak.
• Bagi kenderaan yang dilengkapi
transmisi automatik kawalan
elektronik, apabila suhu bendalir
transmisi masih rendah sejurus
selepas dihidupkan, anjakan ke atas
gear ke 3 atau ke 4 tidak akan berlaku.
Anjakan automatik hanya akan berlaku
apabila suhu bendalir transmisi sudah
meningkat.
Butang pelepas
pengunci anjakan
Pengunci anjakan (transmisi automatik)
Kenderaan ini mempunyai sistem pengunci
anjakan bagi mengelakkan kesilapan operasi
pada tuil anjak.
Apabila tuil anjak berada pada julat P, tuil
anjak tidak boleh bergerak melainkan suis
penghidup berada pada kedudukan “ON”
atau “ACC” dan injak brek ditekan.
Selain itu, apabila tuil anjak tidak berada
pada julat P, suis penghidup tidak boleh
disetkan daripada “ON” atau “ACC” kepada
“OFF” atau “LOCK” serta ia juga tidak boleh
ditanggalkan.
Butang pelepas anjakan
Sekiranya bateri dalam keadaan lemah,
gunakan butang pelepas tuil anjak bagi
mematikan mekanisma pengunci secara
manual.
Membuka sistem pengunci anjakan
Tekan injak brek ketika menekan butang
pelepas anjakan dan dalam masa yang sama
gerakkan tuil anjak.
PERHATIAN
Pastikan anda menekan injak brek ketika
menggerakkan tuil anjak.
Sect 10_BM D42L.indd 5 21/11/2019 11:19 AM