EasyManua.ls Logo

PERODUA Bezza - Page 171

PERODUA Bezza
Print Icon
To Next Page IconTo Next Page
To Next Page IconTo Next Page
To Previous Page IconTo Previous Page
To Previous Page IconTo Previous Page
Loading...
10–6
Semasa operasi , gerakkan tuil
anjak tanpa menekan butang tuil
anjak untuk mengelakkan kesilapan
operasi. Sekiranya butang tersebut
sentiasa ditekan semasa operasi,
tuil anjak mungkin akan tertolak
ke P, R dan 2 secara tidak
sengaja dan boleh mengakibatkan
kemalangan.
Jangan gerakkan tuil anjak ke
julat P sebelum kenderaan
berhenti sepenuhnya. Juga jangan
gerakkan tuil anjak di julat N
semasa memandu; di julat R
semasa kehadapan; atau julat
D4, 3, 2 semasa mengundur. Ini
boleh menyebabkan kerosakan
transmisi dan boleh mengakibatkan
kemalangan.
Semasa permulaan bergerak, tekan injak
brek sepenuhnya, masukkan tuil anjak ke
kedudukan yang diingini, D4 (atau 3 atau
2) untuk bergerak ke hadapan atau R untuk
mengundur.
Selepas melepaskan brek meletak kenderaan
sepenuhnya, gerakkan kenderaan dengan
melepaskan injak brek perlahan-lahan.
w AMARAN
Jangan menggunakan tuil anjak
semasa menekan injak pemecut.
Kenderaan mungkin akan bergerak
secara tiba-tiba.
Apabila kelajuan putaran enjin
adalah tinggi (contohnya sebaik
enjin kenderaan dihidupkan,
semasa pemanasan atau semasa
suis penyaman udara dihidupkan),
tekan injak brek dengan kuat, jika
tidak kenderaan mungkin bergerak.
Permulaan bergerak
• Gunakan D4 bagi pemanduan biasa.
Operasi secara manual dari 2 kepada
3 atau D4 juga boleh dijalankan.
Apabila pemecutan deras diperlukan,
tekan injak pemecut sepenuhnya. Jika
tuil anjak berada di D4, transmisi akan
berpindah secara automatik kepada
gear ketiga atau gear kedua, bergantung
kepada kelajuan kenderaan.
Jika enjin terhenti semasa memandu,
hidupkan enjin sekali lagi dengan
transmisi di dalam julat N. Namun begitu,
adalah lebih wajar jika dihidupkan enjin
di dalam julat P seperti biasa.
Apabila memandu di bukit yang curam,
anjak turun bagi enjin membrek,
bergantung kepada keadaan jalan raya
atau kelajuan kenderaan.
Memandu
Sect 10_BM D42L.indd 6 21/11/2019 11:19 AM

Table of Contents

Related product manuals