10–28
Keadaan yang merendahkan pengecaman
prestasi adalah berbeza bergantung kepada
fungsi. Untuk butiran, lihat huraian setiap
fungsi.
Sistem konfigurasi ASA berfungsi dengan
memantau kawasan di hadapan kenderaan
dengan menggunakan kamera stereo.
Kamera stereo
w AMARAN
• Kamera ini mempunyai ciri yang
sama seperti mata manusia. Di
dalam keadaan di mana pemandu
sukar untuk melihat kawasan
hadapan, kamera juga adalah
sukar untuk mengenali kenderaan
hadapan, halangan dan sebagainya.
• Pengecaman kenderaan hadapan
dan halangan dengan menggunakan
kamera stereo adalah terhad. Ia juga
mengambil masa beberapa saat
dari kemasukan objek ke dalam
pandangan sebelum menentukan
amaran atau kawalan.
• Kamera stereo mempunyai fungsi
pengesan kotoran tetapi ia tidak
sempurna. Jika kotoran dikesan,
semua fungsi akan terhenti secara
automatik.
• Sila perhatikan panduan berikut.
Kegagalan untuk mematuhi garis
panduan ini boleh menyebabkan
kamera stereo tidak beroperasi
dengan betul dan boleh membawa
kepada kemalangan yang tidak
dijangka, kecederaan serius atau
kes paling teruk, kematian.
Kamera stereo
Sect 10_BM D42L.indd 28 21/11/2019 11:19 AM