10–27
Keadaan fungsi OFF
Dalam keadaan berikut prestasi pengecaman
ASA boleh merosot bergantung kepada
keadaan, atau fungsi OFF mungkin berlaku.
Apabila keadaan bertambah baik, fungsi ASA
akan diaktifkan semula.
1. Semasa cuaca buruk (hujan lebat, kabus
tebal dan sebagainya.).
2. Apabila suhu stereo kamera menjadi amat
tinggi.
3. Sejurus selepas menghidupkan enjin.
4. Apabila menerima cahaya yang terang
dari hadapan (seperti cahaya matahari
atau lampu kereta dari arah hadapan dan
sebagainya).
5. Apabila berada dalam gelap seperti
tiada lampu jalan, tiada bangunan atau
kenderaan disekitarnya.
6. Apabila kamera stereo itu tertutup dengan
kekotoran, fros dan sebagainya.
7. Apabila kenderaan adalah amat
cenderung kerana beban bagasi dan
sebagainya.
8. Apabila percikan berlaku disebabkan oleh
kenderaan dihadapan dan sebagainya.
9. Apabila penglihatan kabur atau tidak
mencukupi disebabkan oleh gas
ekzos, wap air, pasir, asap, habuk dan
sebagainya.
11. Apabila kenderaan adalah amat
cenderung disebabkan oleh beban
bagasi atau sebagainya.
12. Apabila kenderaan sedang ditunda.
13. Apabila kenderaan dimasukkan pada
kenderaan pembawa.
14. Apabila menggunakan dinamometer
casis, penggelek bebas dan sebagainya.
15. Apabila kenderaan diangkat, enjin
dihidupkan dan tayar diputar.
16. Apabila kenderaan melalui dan
menyentuh panji-panji, bendera, dahan
tergantung, kain langsir, rumput, semak
dan sebagainya.
17. Apabila sukan berlangsung pada litar
atau sebagainya.
18. Apabila keluar dari jalan raya atau jalan
yang berlumpur.
19. Apabila melalui jalan raya yang
ditenggelami air.
20. Apabila kenderaan yang dipandu adalah
tidak stabil disebabkan oleh kemalangan.
21. Apabila lampu amaran brek di meter
hidup.
PERHATIAN
• Apabila suis penghidup berada pada
kedudukan “ON”, ASA akan berada
dalam keadaan bersedia.
• Walaupun anda telah menyahaktif
(sistem OFF), ASA akan kembali
beroperasi setiap kali anda
menghidupkan enjin.
Sect 10_BM D42L.indd 27 21/11/2019 11:19 AM