10–34
Keadaan tidak aktif
Kamera stereo mengecam pejalan kaki untuk
fungsi Amaran Pra-Perlanggaran dan Brek
Pra-Perlanggaran. Pengecaman pejalan
kaki dilakukan dari segi saiz, bentuk dan
pergerakan objek. Ia mengecam apabila
kontur kepala dan bahu adalah jelas.
Keadaan berikut boleh menyebabkan
Amaran Pra-Perlanggaran dan Brek Pra-
Perlanggaran tidak boleh beroperasi atau
berhenti sepenuhnya.
1. Perbezaan kelajuan antara kenderaan
dan pejalan kaki, jarak antara kenderaan,
keadaan pendekatan dan sisihan ke arah
sisi. (tidak berada di hadapan kenderaan)
2. Keadaan kenderaan seperti kapasiti
beban dan sebagainya.
3. Keadaan permukaan jalan (kecerunan,
kelicinan, bentuk, keadaan tidak sama
rata dan sebagainya)
4. Apabila penglihatan di hadapan tidak
baik (hujan lebat, kabus tebal, debu dan
sebagainya)
5. Apabila pemandu terlebih dahulu telah
mengambil langkah berjaga-jaga untuk
mengelakkan perlanggaran seperti
memijak pedal brek atau mengendalikan
stereng.
6. Sejurus selepas menghidupkan enjin.
7. Apabila suhu di luar adalah rendah atau
brek adalah sejuk selepas kenderaan
bergerak.
8. Apabila brek semakin teruk disebabkan
oleh panas lampau ketika menuruni bukit.
9. Apabila brek semakin basah dan
keberkesanan brek semakin teruk seperti
selepas mencuci kenderaan.
10. Gangguan secara tiba-tiba seperti apabila
kenderaan atau motosikal meluru keluar.
11. Apabila ada kenderaan dari arah hadapan
mendekati kenderaan anda.
12. Apabila kamera stereo adalah sukar untuk
mengecam terutama dalam keadaan ini:
• Apabila kamera stereo itu ditutup dengan
awan, kotoran, fros, titisan hujan, kotoran,
pelekat dan sebagainya.
• Apabila menggunakan ejen lapisan kaca
pada cermin hadapan selain daripada
yang ditentukan oleh Perodua.
• Apabila melekat filem gelap pada cermin
hadapan.
• Apabila pengecaman stabil tidak boleh
dilakukan disebabkan oleh biasan pada
cermin hadapan.
• Apabila cermin depan tidak dibersihkan
sepenuhnya semasa digunakan atau
selepas penggunaan bendalir pencuci
cermin.
• Apabila berlaku kerosakan pada
cermin hadapan seperti calar, retak dan
sebagainya.
• Apabila terdapat perkara atau benda yang
menghalang pandangan kamera stereo
dilampirkan kepada badan kenderaan.
• Apabila pandangan kamera stereo
terhalang dengan muatan bagasi penuh
dan panjang (seperti papan selancar,
kanu dan sebagainya) pada bumbung.
• Apabila bilah pengelap selain daripada
produk tulen Perodua dipasang (termasuk
jenis pendek).
• Apabila pengecaman objek tidak lengkap
kerana pandangan kamera stereo
terhalang oleh titisan hujan, bendalir
pencuci cermin, bilah pengelap dan
sebagainya.
• Apabila kamera stereo dihalang dengan
tangan atau kertas.
• Apabila kejutan digunakan untuk kamera
stereo yang menyebabkan sisihan atau
penyelewengan.
• Apabila cuaca tidak baik (hujan lebat,
kabus tebal dan sebagainya) dan
penglihatan hadapan adalah teruk.
Sect 10_BM D42L.indd 34 21/11/2019 11:19 AM