EasyManua.ls Logo

PERODUA Bezza - Page 198

PERODUA Bezza
Print Icon
To Next Page IconTo Next Page
To Next Page IconTo Next Page
To Previous Page IconTo Previous Page
To Previous Page IconTo Previous Page
Loading...
10–33
w AMARAN
Jangan gunakan Brek Pra-
Perlanggaran sebagai pengganti
kepada operasi brek biasa.
Brek Pra-Perlanggaran tidak
dapat mengelakkan perlanggaran
atau mengurangkan kerosakan
perlanggaran dalam setiap
keadaan. Bergantung kepada
fungsi / keadaan, pemanduan yang
tidak selamat membawa kepada
kemalangan yang tidak dijangka
dan boleh membawa kepada
kecederaan serius atau dalam kes
paling teruk, kematian.
Brek Pra-Perlanggaran
diaktifkan apabila ia menilai
bahawa perlanggaran tidak
dapat dielakkan. Walaupun brek
sekunder telah ditetapkan untuk
beroperasi sebelum berlaku
perlanggaran, prestasinya tidak
akan sentiasa sama dan berbeza-
beza bergantung kepada pelbagai
keadaan. Oleh sebab itu, pemandu
hendaklah sentiasa berusaha untuk
memastikan keselamatan dan tidak
terlalu bergantung kepada sistem.
Untuk tujuan keselamatan, jangan
melaksanakan ujian Brek Pra-
Perlanggaran dengan sendiri.
Terdapat perkara-perkara yang
tidak boleh dihentikan atau tidak
dapat dikendalikan, yang boleh
membawa kepada kemalangan
yang tidak dijangka.
Brek Pra-Perlanggaran beroperasi
pada kenderaan dan pejalan kaki
yang di cam oleh kamera stereo.
Namun begitu, ada kemungkinan
bahawa ia juga berfungsi pada
motosikal, tiang elektrik, dinding
dan sebagainya walaupun sistem itu
tidak bertujuan untuk mengelakkan
perlanggaran ke atas mereka.
Brek Pra-Perlanggaran tetap
diteruskan walaupun injak pemecut
dikendalikan ketika fungsi brek
diaktifkan. Walau bagaimanapun,
jika anda memijak injak pemecut
sepenuhnya, ia akan melepaskan
Brek Pra-Perlanggaran.
Amaran Pra-Perlanggaran dan
Brek Pra-Perlanggaran tidak
boleh beroperasi bergantung
kepada keadaan seperti apabila
pemandu memijak pedal brek untuk
mengelakkan perlanggaran.
Pastikan semua penumpang
memakai tali pinggang keledar.
Tidak memakai tali pinggang
keledar dengan betul adalah
berbahaya kerana ia boleh
membawa kepada kemalangan
yang tidak dijangka apabila Brek
Pra-Perlanggaran beroperasi.
Brek Pra-Perlanggaran tidak
beroperasi jika beza kelajuan di
antara kenderaan sendiri dengan
halangan di hadapan melebihi
(kenderaan: sekitar 80 km/j, pejalan
kaki: sekitar 50 km/j). Perlanggaran
tidak boleh dielakkan jika beza
kelajuan di antara kenderaan
sendiri dengan halangan di
hadapan melebihi 30 km/j.
Langkah berjaga-jaga untuk Amaran Pra-
Perlanggaran dan Brek Pra-Perlanggaran
Sect 10_BM D42L.indd 33 21/11/2019 11:19 AM

Table of Contents

Related product manuals